Friday 26 April 2013

bebanan di bahu kanan dan kiri

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Tajuk je pun dah macam berat je kan?
Berat mata membaca tajuk entri, berat lagi jari ni menaip entri. Eh. ok jangan nak mula merapu

Alhamdulillah seawal pagi semalam dapat berkumpul, berbulatan gembira yang tak berapa bulat dengan adik-adik comel outdoor. Walaupun hampir setengah jam menunggu kelibat masing-masing tapi tidak mengapa, beri kesempatan tadabbur alam sendirian.

Oh! Sila abaikan 'cendawan-cendawan putih' itu

Alhamdulillah syukur nikmat, setelah hampir dua minggu kteorang tidak berliqa'. Datang seorang per seorang membuatkan hati aku lebih kembang mekar nak dibandingkan dengan mekarnya bunga-bungaan di sekitar kteorang. (:

Ada kongsikan surah Ad-Dhuha bersama-sama. Surah yang sarat dengan kasih sayang, rahmat dan cinta bagi aku secara personal. Ya! Hakikatnya, surah ini diturunkan pun untuk memujuk, menenangkan gelora jiwa junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw ^^

Kenapa Rasulullah saw semasa itu berasa bersedih hati? Sebelum diwahyukan surah Ad-Dhuha ini, penurunan wahyu telah diberhentikan buat seketika. Allah tangguhkan penurunan wahyu buat Nabi Muhammad saw sampaikan kepada umat manusia ketika itu. Jibrail as tidak berkunjung tiba walaupun Nabi Muhammad saw menanti setia. Tapi Rasulullah saw tak sedetik pun berhenti menyeru seluruh penduduk Makkah pada ketika itu untuk kembali kepada Islam. Kaum musyrikin Makkah bila mendengarkan ayat-ayat yang sama sahaja yang keluar daripada mulut Nabi Muhammad saw, mulalah dorang rasa ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak mesti Rasulullah saw sampaikan, bacakan ayat-ayat yang baru! Mulalah mereka ini membuat fitnah, melakukan kacau bilau! Kaum kafir Quraisy menempelak Rasulullah saw, mengejek Baginda dan mentertawakannya. Apa kata kaum musyrikin? Mereka mendakwa yang mesti Tuhan Muhammad dah tinggalkan Muhammad kerana itu tiada wahyu yang baru! Keadaan ini berterusan. Sedikit sebanyak perbuatan-perbuatan kaum musyrikin yang semakin menekan, mendesak Nabi Muhammad saw dengan mengatakan, "Kalaulah Tuhan Muhammad tidak meninggalkan dia, buktikan! Sampaikan, bacakan kepada kami ayat-ayat yang baru Tuhanmu turunkan!" Rasulullah saw menjadi tertanya-tanya, menjadi bingung. Nabi Muhammad saw menjadi tertanya-tanya adakah dia berbuat salah dan sebab itu Allah menegurnya dengan cara tidak diturunkan wahyu?

Kerana itulah surah ini diturunkan. Dalam surah Ad-Dhuha, Allah bersumpah tidak akan meninggalkan Muhammad saw. Allah menjamin bahawa pengakhiran bagi Nabi Muhammad saw lebik baik dari permulaan. Kalau Allah yang dah jamin, apa lagi yang boleh menggoyahkan, meragukan?

Aku bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara panjang tentang tafsir mana-mana surah. Cuma kat sini aku nak kongsikan sebab aku merasa 'dekat' dengan surah Ad-Dhuha ni. 
Yang best sangat bila dihuraikan mengapa penangguhkan penurunan wahyu berlaku. Bisa bikin sebak dalam dada dan mengakibatkan lebih paras takungan air mata tahu?

Ada empat sebab mengapa penurunan wahyu ditangguhkan buat sementara waktu.
1) Tenangkan Nabi ; Allah tahu susah untu Nabi Muhammad saw deal dengan Malaikat
2) Perbaharui jiwa Nabi Muhammad saw untuk wahyu yang seterusnya ; proses untuk mendidik Nabi
3) Allah biarkan Nabi rasa rindu dan kemudian datang menghadapnya dengan rasa takut kepada Allah
4) Sebagai persediaan untuk masa depan yang lebih gemilang

Allah bersumpah Dia takkan tinggalkan Nabi Muhammad saw. Mana mungkin tinggalkan yang disayangi? Kekasih Allah! Baginda juga manusia cumanya diberikan wahyu. Boleh rujuk surah Al-Kahfi, 18: ayat 110. Allah tahu kesukaran untuk dua makhluk yang berbeza berurusan. Bila mana manusia dan malaikat. Bagaimana sewaktu Jibrail as bertemu Nabi untuk menyampaikan wahyu. Ya, memang pelbagai cara Jibrail as bertemu Nabi untuk menyampaikan wahyu daripada Allah.
Pernah diceritakan, saat Nabi Muhammad saw menerima wahyu, sampaikan keluar peluh dingin Baginda. Betapa beratnya tugas Rasulullah saw demi menyampaikan, menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita! Benarlah Nabi Muhammad saw rahmat buat sekalian alam!

Surah Ad-Dhuha diturunkan sebagai penawar hati Nabi Muhammad saw dengan ayat pujukan dan tenteramkan hati Baginda.
Percayalah, kalau kita pun merasa sedih, lonely, futur, hilang semangat, sakit hati, putus asa dll bacalah surah Ad-Dhuha ni sebagai supplement untuk hati dan jiwa serta semangat kita.. insyaAllah khair! baca dengan hati <3



Betapa sayangnya Rasulullah saw terhadap kita, sanggup bersusah payah untuk kita. Bukan takat peluh keringat je mengalir demi kita malah sampaikan darah, luka, cedera parah hanya untuk kita! Ya... semata-mata untuk
AKU, KAU, KITA!



Difikir-fikirkan kembali... Kalaulah Nabi Muhammad saw berputus asa dan mengalah atas tentangan hebat yang mega daripada golongan kuffar, tak merasa lah aku nak berduduk-duk liqa' usrah ni pun. Hatta aku takkan tahu pun dengan hanya memandang wajah kedua ibu bapaku itu pun diganjari pahala!!

Aku mengajak diri sendiri dan semua untuk bersama-sama kembali amalkan membaca Al-Quran, bertadabbur lah, hayatilah isinya... Apa yang Allah ceritakan dalam lembaran kalam itu. Berat.. Besar.. Bermakna.. 



Moga bermanfaat.








Sakit bahu mengendong 25 Al-Quran tak hilang lagi. Sesengal unta jadinya. huhuhu
Semua setiap sendi yang sakit ni jadi penyaksian nanti dan sakitnya juga sama berbaloi dalam aku mahu mencintai, melazimi salah satu peninggalan Nabi Muhammad saw ini. :')


No comments: