Monday 14 February 2011

Pengemis Cinta Illahi

Pengemis Cinta Illahi
Dokturah Mumul
14 Februari 2011
0325 hours


“Tak tahu la kak Ma. Sha serah semua kepada Allah. Allah kan Maha Adil. Sha yakin dengan janji-Nya.” Sayu mata Aishah memandang Salma. Tetapi mata itu penuh dengan pengharapan. Pastinya pengharapan yang amat tinggi.

“Aishah…”

“Ya, kak Ma…”

“Aishah kena kuat ya sayang. Akak tahu Sha boleh. Jangan patah balik. Memang akak tak rasa apa yang Sha dah lalui, akak tak layak nak cakap apa-apa tapi akak nak Sha tahu yang akak sentiasa ada untuk Sha. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah. Semua dah tertulis di Luh Mahfuz. Kita kena yakin. Akak tahu Sha mampu.”
Pelukan hangat Salma menenangkan Aishah dalam kedinginan malam itu. Ya. Sehangat ukhuwwah yang terjalin antara mereka atas jalan juang demi redha Allah ini.

********

“Shasha… you free tonight? Dinner and movie okay?”

“Mmmm… malam ni? Esok I ada presentation. So ingat nak prepare…”

“Come on baby. Tak kan untuk I pun you nak berkira?”

Pelawaan Ikhwan membuat Aishah menjadi serba salah. Siapa yang tidak kenal Ikhwan Rayyan? Anak ahli perniagaan terkemuka negara. Jejaka rebutan siswi sama ada senior mahupun junior. Pemuda tinggi lampai. Warna kulitnya yang cerah menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah sedia tampan. Hanya dengan seulas senyuman di bibir, Ikhwan mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Ikhwan adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Kalau ditolak permintaan itu nanti, takut-takut gadis yang lain mengisi tempat.

“Ok.. Jangan marah.. Sorry.. Bukan I tak nak.. Maksud I.. I nak minta keluar lambat sikit.. Ok ke? So there will be extra time for me to settle down this presentation. Ok?”

Ikhwan membelakangkan Aishah. Aishah buntu mencari apa silapnya kepada buah hatinya itu.

“You ok tak ni? I’m sorry. Smile?” Pujuk Aishah sambil mencubit pipi Ikhwan. Ikhwan ketawa kecil. Aishah lega dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Ikhwan.

“Ni yang buat I lagi sayang kat you ni.” Ucap Ikhwan.

Aishah senyum bahagia. Tambahan ada mata yang menjeling cemburu. “Ray… kita jumpa malam ni ok?”

Aishah berlalu pergi. Mempercepatkan langkah ke kuliah.

******

Dia tahu apa yang dilakukannya sejak berkenalan dengan Ikhwan Rayyan itu adalah salah. Hatinya selalu saja disapa angin suci membuatkan hatinya terdetik, meronta-ronta mahu berhenti berfikir sejenak namun jiwa remajanya yang baru sahaja disinggahi rasa cinta itu berdegil. Tambahan Ikhwan menjanjikan dia sebagai surinya. Dia yakin Ikhwan tidak akan menipu. Ikhwan terlalu baik untuk menipu. Hatinya kuat mengatakan itu.

Dia tahu semua ini salah tapi dia terlalu sayangkan Ikhwan. Dia pasti pintu taubat sentiasa terbuka untuknya. Lagipun dia masih solat dan memakai tudung di hadapan orang lain.

******

Perlahan-lahan Ikhwan meramas tangannya dan memegang kejap kedua-dua lengannya. Jantung Aishah seakan-akan berhenti berdegup. Kadang kala Ikhwan gemar membuat aksi romantic dan dia suka dilayan begitu. Mata Ikhwan menangkap pandangan mata Aishah yang sengaja dilarikan ke pandangan lain. Ikhwan memandangnya penuh makna. Aishah terkedu. Tangannya terasa sejuk.

“My dearest Shasha… Sudi tak you jadi permaisuri rumah tangga I? Yang akan mewarnai hari-hari I and be my children’s mom?”

Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Manik-manik tangisan jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya. Mulutnya seakan-akan terkunci. Namun hatinya melonjak gembira, berbunga bahagia.

“But Shasha.. boleh tak I minta sesuatu daripada you?” Soal Ikhwan sambil membelai rambut ikal Aishah.

Dan dia membiarkan Ikhwan membisik halus di rongga telinganya. Matanya bulat seusai Ikhwan berbicara. Diketap bibirnya. Aishah menjadi keliru. Direnungnya mata Ikhwan penuh makna. Dia memandang mata hazel Ikhwan yang menjadi pujaan ramai itu tanpa sebarang bicara. Dia semakin keliru.

Mata Ikhwan terus menatap wajah Aishah penuh pengharapan. Ya! Mata itu mampu mencairkan gadis-gadis yang lemah. Lama mata jejaka pujaannya itu ditenung.

Dan akhirnya Aishah mengangguk setuju…

******

“No! No! You can’t do this to me, Ikhwan! You dah janji nak hidup ngan I kan? You tak boleh pergi. You are mine! Please Ikhwan… Say that you wont leave me… please…”

Tuuuuttttttttttt……

Talian diputuskan begitu sahaja. Ikhwan meninggalkan Aishah. Rayuan Aishah tidak diendahkan. Aishah bukam. Bingung apa yang perlu dia lakukan. Terasa dunia ini gelap. Dadanya sesak seperti dihempap gunung. Air mata membasahi pipi.

******

Fikirannya melayang. Kuliah sebentar tadi tidak mendapat tempat di mindanya. Dia tekad! Langkahnya disusun ke sebuah farmasi.

Malam itu selepas seisi rumah telah tidur, Aishah ke tandas dengan membawa urine pregnancy test kit. Dia berdebar menunggu keputusan ujian kehamilan itu. Negative! Tiada garis kedua yang muncul. Aishah menarik nafas lega. Itu memberinya sinar yang baru. Takdir Allah menyelamatkannya. Menyelamatkannya daripada melakukan dosa membunuh seandainya janin dikandungnya. Dia bersyukur. Dia bersedia untuk memulakan hidup yang baru. Aishah berwuduk lalu bermunajat pada malam itu.

(Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”.
“Ya Tuhan kami, Engkaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya.” Sungguh Allah tidak menyalahi janji.

Ayat 8 dan 9 surah Ali Imran itu lama ditenung Aishah. Dibacanya berulang-ulang. Hatinya sebak. Dia benar-benar mengharap seperti doa dalam Kalam Allah itu. Malam itu dia mengadu kepada Allah tanpa menghiraukan malam yang merangkak menjemput Subuh.

******

“Aishah…”

Aishah cepat-cepat menyeka air matanya. Tidak mahu disedari oleh Salma yang menyapanya yang daripada tadi termenung di tingkap memandang langit.

“Kak Ma… Ingatkan siapa tadi…” Aishah mengukir senyuman dengan harapan Salma tidak dapat membaca gelojak di jiwa.

“Maaf kalau akak mengganggu Sha. Buat apa? Dah mandi?”

Aishah hanya mengangguk perlahan.

Salma membuang pandangan ke langit.

“What a beautiful creation… Subhanallah! Cantik kan Sha?” Ujar Salma memancing minat Aishah.

“Haah kak. Cantik sangat. Rasa tenang bila Sha tengok langit ni. Tambah-tambah bila ada awan sekali.”

“Alhamdulillah kalau Sha rasa tenang bila tengok ciptaan-Nya. Harapnya bila Sha tengok akak, Sha pun akan rasa tenang. Ada rasa macam itu tak?” Kata Salma cuba bergurau.

Aishah ketawa kecil sambil mengangguk-angguk.

“Mmm… Sha… Akak nak tanya… tapi jangan marah atau terasa ya? Kak tak ada niat lain, Cuma ingin tahu saja.”

“Eh, akak ni. Kenapa tiba-tiba Aishah nak marah pula? Tak adalah… Tanya je lah. Kenapa kak Ma?”

“Akak tengok… Aishah ni.. Pandai, bijak. Belajar pandai. Orangnya pun manis. Muda lagi. Baik pun baik perangainya. Latar belakang keluarga pun bukan calang-calang. Tapi akak terfikir, kenapa Aishah datang ke rumah ni dan menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan di sini? Sanggup sebumbung dengan penghuni-penghuni di rumah ni… Mmm… Aishah ada nak share apa-apa ke dengan akak?”

Aishah tersenyum. Dia memandang Salma. Digenggamnya tangan Salma.

“Mesti akak da simpan soalan ni dah lama kan? Mmm…  Aishah pun tak ada jawapan untuk soalan itu. Sha tau bukan niat akak bertanya untuk mempersoalkan keikhlasan Sha. Aishah faham itu. Akak… Anggap je lah apa yang Sha buat sekarang ni sebagai amal jariah Sha. Kita tak tahu bila kita mati kan? Ajal entah dekat mana entah dengan Sha ni. Lagi pun, kalau bukan Sha yang tolong akak kat sini, siapa lagi kan? Betul tak? Sha pun manusia biasa kak. Penuh dengan khilaf. Alpa. Hanyut. Biarlah yang da lepas-lepas tu kan? Tak nak fikir dah. Sha nak bersama-sama dengan penghuni rumah ni. Sha rasa tenang dan seronok di sini. Mungkin orang lain membuang, menyisihkan mereka tetapi Sha nak berada dekat mereka, supaya mereka tahu masih ada yang peduli tentang mereka.”

“Alhamdulillah. Syukur Sha rasa macam tu. Lega akak dengar. Tapi kalau Sha nak share apa-apa, akak ada tau. Dah 5 tahun Sha temankan akak di sini. Akak takut kalau Sha ada simpan masalah seorang diri. Sha dah banyak bantu akak di rumah ini. Akak pun mestilah nak tolong Sha kalau Sha ada apa-apa masalah.”

“Eh, akak! Tengok tu. Ada awan gelap lah. Pakaian ada di ampaian lagi. Sha nak pergi tengok dulu ya? Nanti hujan, tak sempat pula.”

Aishah berlalu pergi. Salma memandang langkah Aishah. Dia tahu Aishah sengaja meloloskan diri. Salma menghela nafas. Dia berharap agar Aishah bahagia selalu.

******

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.  (Surah Ali Imran 3:135)

Air mata Aishah hampir saja menitis mendengar tafsir ayat 135, surah Ali Imran itu. Hatinya bergetar. Rasanya terhenti apabila dia ditegur.

“Kak Aishah ok tak? Tak sihat ke?”

“Eh… Tak ada lah. Minta maaf ya sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat benda lain pula.”

Aishah senyum untuk menyembuniykan perasaan. Dia beristighfar dalam hati beberapa kali.

“ Sekarang… mari kita tadabbur pula ayat-ayat yang sudah kita baca tadi. Siapa yang nak kongsi apa yang dia rasa atau apa yang dia dapat daripada ayat surah Ali Imran ni?”  

Aishah memandang wajah remaja-remaja perempuan dalam halaqah itu. Diamatinya wajah-wajah itu satu persatu. Aishah berharap mereka insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Doa Aishah semoga mereka sentiasa dikurniakan hidayah Allah tidak pernah putus.

******

“Aishah… Ni ada orang bagi. Pengirim yang sama.” Ucap Salma sambil menghulurkan sebuah kotak.

“Apa ni kak?” Kotak itu ditenungnya. Cantik berbalut dengan reben biru.

“Ambillah. Rezeki jangan ditolak.” Salma menguntum senyuman.

“Kak Ma ni ada-ada je lah.” Aishah terus menyambung kerjanya tanpa memperdulikan bungkusan kotak itu.

“Aishah… Ambil je. Dah orang bagi kan? Bukan kita minta. Ambil ni, tinggalkan dokumen itu. Nanti akak sambung pula. Pergi masuk bilik, rehat. Bawa kotak itu sekali tau.”

Salma meninggalkan Aishah dengan kotak itu. Lama kotak itu dibiarkan. Akhirnya Aishah mengambil kotak itu lantas melangkah ke biliknya.

Bungkusan kotak itu diletakkan di atas katilnya. Aishah berkira-kira sama ada mahu menerima atau tidak.

Buka je lah hadiah ni. Entah-entah ada katak je kan? Manalah tau. Kata hati Aishah.

Sejak 2 tahun lepas dia mula menerima hadiah-hadiah daripada lelaki misteri itu. Yang dia cuma tahu pengirimnya ialah adik Salma, Zahazan Shah dan menuntut di Jordan, penuntut perubatan. Rupa parasnya, tinggi rendah atau gelap cerah orangnya Aishah tidak tahu. Semuanya bermula apabila Aishah menghadiri majlis akad nikah Salma dan kata Salma semasa itulah pengirim itu melihat Aishah. Aishah pun tidak mahu ambil pusing. Malas katanya.

Kotak itu dibuka. Ada kain biru di dalamnya. Diangkat kain biru itu. Sehelai jubah. Ya. Jubah. Cantik. Aishah mengukur jubah itu. Terlalu besar daripada saiz badannya. Diraba leher jubah itu mencari label jubah. XXL? Berkerut dahinya. Gemukkah aku? Aishah menggeleng.

*******
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman. ( Surah An-Nisa’ 4:146 )

Seusai Aishah membacakan maksud ayat 146 surah An-Nisa’ untuk tazkirah Subuh itu, kedengaran esakan tangisan penghuni-penghuni rumah itu. Aishah diam. Dia memandang wajah-wajah remaja-remaja perempuan yang berada di hadapannya ketika itu. Dia telah menganggap mereka seperti keluarganya sendiri. Menyayangi mereka kerana Allah membuahkan kasih sayang yang amat manis.

“Sahabat-sahabat sayang… Kita sepatutnya bersyukur kerana telah sedar dan bertaubat serta sedang memperbaiki diri sekarang. Masih ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana yang masih lalai dan terus ditenggelamkan dengan dunia. Ingat sahabat-sahabat  kesayangan Sha… Dosa-dosa kita yang telah lalu tidak mengikat kita untuk terus menerus melakukan dosa dan onar. Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang. Beruntungnya kita Allah tak pernah lupakan kita. Sedarlah sahabat-sahabatku… Janin-janin yang kamu kandung itu tidak bersalah sayang. Mereka suci. Jauh sekali berdosa. Cintai, sayangi dan kasihi mereka sebagaimana kamu cinta, sayang dan kasih diri kamu sendiri. Yang salah, yang dosa adalah perbuatan lampau kamu dan pasangan kamu. Bayi yang akan kamu lahirkan itu tidak bersalah sama sekali. Kuatkan hati kamu. Tabahkan hati kamu. Sha yakin kamu semua boleh lakukannya. Anggaplah dosa yang lalu adalah peluang untuk kita kembali kepada Allah. Untuk kita menjadi semakin dekat dengan Allah. Untuk kita semakin mengenali Allah seterusnya kita semakin mengenali diri kita sendiri ini. Insya-Allah… Rahmat, pengampunan, hidayah dan kasih sayang Allah sentiasa ada. Cuma menunggu kita mengambilnya. Sama ada kita mahu ataupun tidak. Ikhlaskan hati kita nescaya Allah menerima taubat kita. Insya-Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah.”  (=

******

“Aishah…”  Panggil Salma selepas tadarus bersama-sama.

Ada apa kak? Serius je muka. Sha ada buat salah ke?” Duga Aishah dari raut wajah Salma.

“Bukan macam tu lah Sha. Mmm… Akak nak cakap sikit.”

“Yela. Kan kak Ma memang tengah bercakap ni? Hehehe….” Lawak Aishah.

“Budak ni pun. Salma mencubit pipi Aishah. Akak nak tau… Aishah sudah ada yang punya ke? Maaf kalau cara akak tanya direct. Akak tak reti la nak berkias-kias.”

Aishah tergamam.

“Hahaha…” Aishah gelak yang dibuat-buat. “Soalan jenis apa ni kak Ma? Sha tak faham lah…” 

Aishah mengalihkan pandangan ke arah jam dinding.

“Jangan nak berdalih Sha. Sha pun tak ada nak buat apa-apa kan? Sengaja je tengok jam tu.” Salma menarik muka.

“Yela… Yela…” Jawab Aishah. Dia serba salah. “Sha minta maaf ya? Ok… Ok… Mmm… Siapa yang tanya soalan cepumas tu? Ustaz Izzat ke?”

“Sha! Main-main pula dia. Sebut suami akak pula. Nakal ya?” Salma mencubit lengan Aishah.

Ala…. Sha gurau je lah.. Buat lawak pun kena marah.” Lawak Aishah bagi menyembunyikan getaran di jiwanya tidak menjadi. Tangannya mulai sejuk.

“Aishah. Ni orang jauh sampaikan hajat. Adik akak yang masih di Jordan tu minta akak tanyakan.”

Aishah mengangkat kening. Debaran di dada tidak dapat ditahan. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai bintang yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?

 Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat ( Surah An-Nisa’ 4:17)

 Lama Aishah menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.

“Akak minta maaf kalau hati Sha terguris dengan soalan akak tu. Akak tidak tahu Sha belum bersedia. Akak sangat harap Sha akan dapat melupakan  perkara yang sentiasa menghantui diri Sha walaupun Sha masih belum menceritakannya kepada akak tapi akak yakin, sebesar manapun dosa Sha pada Dia, Dia akan ampunkan Sha. Allah itu Maha Penerima Taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak dan suami akak cuma risaukan Sha sahaja. Tak mengapa. Sha pergi rehat dulu ya. Fikirkan dulu.”

******

“Sha dah ada jawapannya dah ke? Dah 3 minggu nak masuk minggu keempat akak tunggu jawapan. Senyap je Sha?”

Aishah memandang Salma.

“Eh, orang yang di Jordan tu senyap je. Akak ni yang kesiankan dia. Lagipun ummi baba akak da mula bertanya. Maaf kalau terasa akak macam mendesak pula. Maaf ya Sha?”

Pen di tangan diletakkannya. Buku yang dihadapnya ditutup dan dialihkan ke tepi. Aishah mencapai sehelai kertas dan sebatang pensil lantas duduk di sebelah Salma.

“Kak Ma, kalau tak keberatan. Boleh tak berikan saya email adik kak Ma tu?”

“Email?” Soal Salma kebingungan.

“Haah. Alhamdulillah, Sha da buat solat istikharah. Ada perkara yang Sha nak tanyakan. Boleh kan? Insya-Allah Sha akan buat istikharah lagi.”

“Boleh… Boleh… Sekejap tau Sha.”

******

Salam…

Maaf mengganggu masa anta dan memenuhkan inbox email anta. Ana berharap tinta ini tidak mengundang kemurkaan Allah dan semoga dipelihara dalam jagaan-Nya. Ana memohon maaf juga sekiranya soalan anta dibiarkan tergantung tidak dijawab.

Maaf. Ana mahu bertanya dan ada baiknya anta fikirkannya. Tidak mengapa jika anta tidak memberikan ana jawapannya.

Ana hilang punca sebab ana dipilih. Rasanya anta belum mengenali ana yang sebenar. Maaf ana katakan, ana penuh dengan kekhilafan. Masih banyak yang perlu ana belajar, yang perlua ana baiki. Ana mempunyai sejarah silam yang mungkin sukar untuk anta terima. Dengan kesalahan yang silam itu, mahukah anta menerima ana? Buatlah apa-apa andaian dengan kisah silam itu namun ana tegaskan di sini. Ana rasa ana bukanlah calon yang tepat. Ana tidak menolak tidak pula menerima.

Jika sekiranya nama ana yang tertulis di Luh Mahfuz untuk anta, ana tidak mampu berbuat apa-apa.

******

“Kak Ma… Sha minta maaf…”

“Bukan salah Sha pun. Akak pun tak faham dengan Shah tu. Diam je sampai sekarang. Dah masuk setahun dah.Bukan sekejap, lama tau tempoh tu. Bila telefon akak ada tanya tapi dia tak menjawab pun. Cuti pun tak balik ke Malaysia. Senyap gitu je terus.” Luah Salma dengan tindakan adiknya, Zahazan Shah.

Aishah hanya senyap, sepi tanpa kata. Minuman coklat panas dihirupnya perlahan. Dia hanya merenung bulan di langit.

“Aishah… Akak minta maaf. Pihak akak yang salah. Jadi macam ni pula. Akak minta maaf sangat. Shah orangnya bukan jenis main-main dalam hal-hal macam ni. Mungkin dia perlukan lebih masa. Mungkin ada beban lain yang dia perlu dia selesaikan dulu.”

Salma memandang Aishah menuntut reaksinya. Salma bimbang jika Aishah tidak mahu memberi peluang kepada adiknya itu.

“Aishah?”

Aishah menarik nafas. Cawan ditangan diletakkan di atas meja dan dia duduk di atas kerusi di balkoni rumah itu. Dia menjeling ke dalam rumah. Gelap. Penghuni yang lain telah lama melelapkan mata. Dia memandang Salma dan mengajak Salma duduk di sebelahnya.

“Kak Ma… Sha tidak mengharapkan cinta manusia. Cinta manusia itu mengecewakan. Cinta Allah itu yang selalu membahagiakan. Selalunya begitu, bukan? Alhamdulillah, keluarga yang kak Ma bina dengan ustaz Izzat sentiasa bahagia. Sha tak tahu lagi rezeki Sha macam mana. Sha serah semuanya pada Allah. Insya-Allah. Sha tak kan menyesal dengan keputusan Sha ini. Sha yakin dengan janji Allah. Janji Allah janji yang pasti. Lagipun kak Ma… Sha dengan kak Ma jauh beza tau. Siapalah Sha kalau nak dibandingkan dengan kak Ma. Sha ada kisah gelap Sha yang lampau. Memang Sha yakin Allah Maha Penerima Taubat. Sha dah berubah. Sha masih perbaiki diri. Sha mahu menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Sha tahu Allah menerima diri Sha yang sekarang sebab diri Sha yang dulu pun Dia terima! Allah memahami Sha lebih daripada orang lain faham Sha. Itu Sha yakin. Tapi kak Ma… Mampukah mana-mana manusia menerima Sha seadanya diri Sha ini? Mungkin memang mereka melihat Sha yang sekarang ini dan menerima serta menyayangi Sha. Tapi dosa kelmarin itu ibarat bayang-bayang, kak Ma. Ke mana pun Sha pergi ia tetap ikut. Apa pun yang Sha buat ia tetap ada. Siapa yang sanggup menelan kepahitan cerita lama Sha dengan menjadikan Sha sebagai sayap kirinya? Sebagai tulang rusuk kirinya? Susah kan persoalan ini? Berat kan untuk dijawab, kak Ma?

Ajal maut jodoh pertemuan, semuanya urusan rahsia Allah. Sha redha, kak Ma. Kak Ma jangan risau tau. Sha tidak simpan apa-apa hasrat pun. Tidak menaruh apa-apa pun daripada mana-mana insan yang bernama lelaki. Yang Sha harapkan, yang Sha dambakan hanyalah cinta agung, cinta hakiki, cinta sejati Illahi. Kerana Sha ini hanyalah sekadar pengemis cinta Illahi. Ya. Pengemis Cinta Illahi.”













  


   

Friday 4 February 2011

evacuation mode

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


insya-Allah... at 3.00am we will be evacuate from mansoura to alex...
hope everything will be alright...
safe and sound...

the evacuation

Mansoura > Alex > Jeddah > Malaysia



hopefully everything will be fine...

do pray for me...
catching a cold now...
(:


ok..
thats all for now...


reminder for myself..
ALLAH IS THE BEST PLANNER...
whatever come..
yes!

Thursday 3 February 2011

rabbuna yusahhilna (=



In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful








temperature decreasing..
getting cold...
tension increasing...
antibodies weaken?
sore throat...
sinus...
allergic..
arghh....

strengthen me, O Allah!






Wednesday 2 February 2011

aja..aja...fighting!

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful




alhamdulillah...


masih lagi mampu duduk dengan selesa walaupun perasaan bergolak (aku pun tak tau nak describe cmne)...


keadaan seakan-akan kelihatan semakin pulih namun hakikatnya aku tak tahu sejauh mana kebenarannya... macam2 berita yang aku dengar... kesahihannya pun aku tak pasti...


dalam menempuh hari2 yang terputus hubungan sesawang... alhamdulillah... mak ayah aku tidak henti2 bertanya kan khabar di sini.... memberi kata2 semangat agar sentiasa bergantung sepenuhnya kepada Allah... apa pun yang terjadi.. di bumi mana pun akan kau dicampakkan... itu tetap milik Allah.. tetap Dia yang paling berkuasa...


memikirkan pasal study aku... apakah jawapan nya.. cmne in future... mmmm... sedikit sebanyak membuatkan aku merasa mahu mengalah... tetapi Allah kan selalu ada... aku serahkan semunya pada Yang Maha Kuasa... Dia tahu apa yang terbaik untuk aku... setakat yg aku rasakan sekarang... aku tidak mahu berpatah balik dari langkah yang telah aku ambil... sekali dah melangkah mesti teruskan! itu yang aku tanamkan... ade je kawan2 di sini seakan2 berputus asa... merancang mahu melanjutkan pengajian di malaysia sahaja selepas ini... tapi hati aku mesih kuat mengatakan kalau aku balik ke malaysia sekali pun.. aku tetap akan jejak kembali bumi anbiya' ini untuk meneruskan cita2 dan DnT aku... itu yang aku rasa....


mungkin keadaan fizikal nya sudah tenang tapi keadaan perasaannya pula yang mula bergolak kembali... dikatakan mahu dibawa pulang.. contact sana contact sini.. ntahlah... semoga tabah seperti yang mak ayah pesan dan selalu doakan... tenang2... cuba fikirkan kembali... mengapa aku yang Allah pilih untuk hadapi ujian dan cabaran ini? semesti nya kerana Dia tahu bahawa aku mampu harunginya... bukankah begitu sepatutnya yang terbenam dalam fikiran para pelajar malaysia yang berada di sini? mmmm....


minta maaf... terasa sepertinya coretan aku ini tidak tersusun... macam2 nak luahkan tapi faham2 jela kan... dah bertimbun2.. yang mana satu dulu nak keluar pun aku sendiri dah tak pasti... =) asif jiddan...


bila diamati kembali... keadaan aku di sini masih terlalu jauh 'mewah' jika hendak dibandingkan dengan keadaan saudara saudari seaqidah ku di palestin... jujur aku akui... waktu menyuap makanan di mulut... fikiran ku melayang memikirkan mereka di sana... makan apakah mereka... aku di sini masih lagi penuh dengan bekalan makanan.. masih lagi berkemampuan keluar membeli keperluan walaupun dalam keadaan yang tidak menentu ini... tatkala perasaan gusar dan risau bertandang... takut pun mesti ada kan? aku terbayangkan perasaan mereka... mesti mereka merasai rasa yang lebih dahsyat dari yang aku alami... aku terpaksa bergelap dan mengunci mulut di malam hari... tapi (setakat ini lah kan) tiada ancaman yang bertandang... aku memikirkan pula... saudara saudari ku di palestin... sudahlah memang tiada bekalan elektrik dan air... tengah bergelap dan sunyi sepi menyelubungi... tiba2 terdengar derapan bunyi kaki pun bisa mengundang rasa cemas... bila aku merasakan sejuk semakin mencengkam sehingga ke tulang... aku masih ada lagi lihaf seberat 4kg untuk ditarik dan menyelubungi diri menghangatkan badan.... tetapi mereka di sana? ada apakah untuk mereka? masya-Allah... tidak hairan lah dan tiada persoalan yang layak unuk aku utarakan... mengapa Allah ta'ala menjanjikan syahid dan syurga yang menanti mereka.... apakah aku dibandingkan dengan  mereka....




tidak menang aku jika mahu digandingkan dengan mereka... walaupun aku tak dapat contact mak ayah time internet blocked... mak ayah aku still boleh call aku.. bertanya khabar.. memberi kata2 semangat... tapi mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat israel durjana itu.... rindu yang membarah dalam dada terpaksa ditahan menjadi pembakar semangat untuk mereka teruskan perjuangan... perjuangan hidup... perjuangan AQIDAH! subhanallah! allahuakhbar!


membandingkan pula dari satu sisi pengharapan... tawakal ku... tawakal mereka... sudah sampai tahap tawakal mereka ke tawakal aku ni? berserah sepenuhnya dah ke aku ni semua urusan kepada Allah.... satu sebab lagi membuatkan aku tertunduk menghitung kelemahan diri yang amat daif sekali ini....




aku tahu.. aku sedar... apa yang berlaku di tempat di mana aku berada ini semestinya bukanlah sesuatu yang sia2... ada rasionalnya... rusuhan jalanan... rusuhan besar2an... bukanlah suatu jalan mudah yang dipandang enteng oleh penduduk tempatan.... semestinya mereka mengambil tindakan drastik dan berterusan ini kerana sudah tidak mahu tunduk pada kebatilan yang selama ini berada di puncak.... beban dan seksanya terasa di pundak rakyat yang tidak bersalah... YA! mereka mahukan keadilan... mereka hanya mahukan hak mereka... mereka tidak salah... tidak sama sekali....menumpaskan dan menggulingkan kerajaan bawah pemerintahan Hosni Mubarak, si boneka amerika dan israel bukan hanya penting dalam memperbaiki sosio politik dan ekonomi serta hidup rakyat jelata sahaja... tetapi sebenarnya ada misi yang yang besar daripada itu... ia bertujuan untuk meruntuhkan sekatan sempadan di Rafah.. ya... membuka jalan pembebasan untuk Palestin tercinta...




terukan perjuangan wahai mujahid dan mujahidah Allah! yakinlah dengan janji Allah... 
ya...
walaupun aku tidak memperoleh peluang itu... namun kita sebagai umat Islam di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab daripada segi yang lain namun berfokus pada matlamat dan tujuan yang sama... teruskan berdoa dan bermunajat....




tiupkan, sampaikan semangat perjuangan tentera Allah!