Saturday 26 October 2013

Belajar daripada sekeliling ^^,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ok. Ini cerita hari Khamis, 24/10/2013.

Ya. Tiada yang benar melainkan yang benar. Hakikatnya, aku bukanlah seorang pelajar jurusan perubatan yang tiptop keputusan peperiksaannya setiap kali diumumkan. Bukanlah seorang pelajar perubatan yang terus faham lectures doktor-doktor. Bukanlah seorang pelajar perubatan yang semua ilmu perubatan dah tersimpan rapi dalam kepala hotak. Tidak. Tidak. Dan tidak.

Jadi atas sebab-sebab ni lah aku kena push, paksa diri aku lebih. Gunakan, rebut setiap peluang yang ada. Ada gak terlintas dalam benak pemikiran aku, kalau aku beriya-iya sangat ni, kalau aku semangat sangat ni, mesti ada yang pandang pelik kan? Aish... Aku kena perdajalkan je semua fikiran andaian negatif aku ni. Nanti aku jugak yang rugi tak memasal kan?

End round exam untuk Haematology just around the corner. Bangun pagi tadi, ada je perasaan malas nak keluar rumah sebab memang tak ada kelas dan hanya berbaki kurang dari empat hari untuk exam. Pusing-pusing.. Tak boleh jadi ni, aku kena gak keluar pergi hospital. Matahari dah mesra menyapa alam seawal enam pagi lagi. Aku siap-siap keluar rumah pun masa tu dah pukul sembilan lebih. Sarapan ala kadar, siap-siap, sumbat buku dalam beg, capai lab coat, amek sampah kat dapur, jalan.

Dalam sembilan setengah tu aku sampai hospital. Oncology center. Tempat pesakit kanser la senang cerita. Pergi tingkat dua, klinik pesakit luar. Cari doktor yang memang dah janji sebelum ni nak cari patient macam kes yang aku nak untuk siapkan essay aku. Tanya nurses yang ada. Ok, doktor belum sampai lagi. Call nombor Dr pun tak dapat. Off. Cari kerusi. Paling2 dapatlah kerusi untuk pesakit menunggu giliran. Makcik2 duk tengok je aku sesat kat situ. hahaha. tumpang duduk sekali sini ye makcik. Aku pun buat hal sendiri, buka buku, baca tajuk kes yang aku nak amek nanti. Tengah duk mengulang baca muka surat yang masa, usha-usha yang orang yang lalu lalang, mana tau Dr dah sampai kan. Dalam pukul sepuluh lebih camtu, Dr lalu depan tempat menunggu tu, siap bagi salam. Tapi dia jalan terus pergi je la. Aku pun cepat-cepat capai lab coat ngan beg, nak follow Dr. Ok, hilang. Cuba cari dalam bilik tempat staff, Alhamdulillah Dr ada dan Alhamdulillah Dr ingat kenapa aku cari dia.

Lepas tu follow Dr pergi bilik rawatan then dia tinggalkan je aku kat situ. Aku pun cari-cari kat helaian-helaian follow up pesakit untuk cari kes yang aku nak. Multiple Myeloma. Sayangnya, aku tak jumpa. Masa aku tunggu Dr, nurse panggil seorang pesakit masuk. Sorang makcik dengan anak perempuan dia kot masuk. Aku dah siap pakai lab coat masa tu. Punyalah terkejut makcik tu masa tengok aku ada dalam bilik tu, tanya aku ke yang akan check dia. Lawaklah makcik ni. Aku senyum je balas bagi tau bukan aku yang check, jangan risau. Dr datang balik masuk bilik, bagi tau setakat ni tak ada pesakit kes yang aku nak. Dia call Dr lain tanya rekod pesakit dalam wad. Alhamdulillah ada. So, kena pergi panjat tangga naik wad kat tingkat sembilan.

Mengah tak mengah tak nak cerita. Sampai-sampai duduk minum air, tarik nafas. Betulkan lab coat ngan tudung. Cari Dr plak tak ada. Tanya nurse yang kat kaunter tak nak layan aku. Aku pun call lah Dr balik. Dr minta pass line kat nurse tu pastu settle. Nurse tu tunjuk kat aku mana patient tu. Sekarang kat bahagian wad pesakit lelaki. Masa ni aku cuma fikir dua perkara. Pertama, wudu' aku kena cari tandas proper untuk solat Zohor nanti. Kedua, macam mana aku nak buat history taking dengan bahasa arab hancus aku ni? Memang rasa nak teriak menangis dah masa tu. Sabar. Sabar. Tolong rasional.

Pergi jelah kat pak cik tu. Pak cik tu ada peneman. Lelaki gak. Usia lebih kurang macam dua puluh tujuh tahun ke atas pada pandangan mata aku lah tapi. Tak tanya pun dia. Pandai-pandai aku je kan. Cuak tu tak payah cakap la macam mana kan. Aku pun datang dekat kat katil pak cik tu. Bagi salam, perkenalkan diri then aku terus tanya butiran yang aku nak.

Pak cik tu tak boleh bercakap dengan betul sebab ada jangkitan dalam mulut dia, so peneman dia tu yang jawabkan. Mula-mula okay sampailah kat soalan yang aku tak tau nak tanya camne dalam bahasa arab. Loser nye la rasa masa tu aih. Terkebil-kebil, terkial-kial aku cari perkataan. Yang peneman pak cik tu pulak suruh aku cakap je apa yang aku nak tanya. Orang arab ni dorang memang bersuara tinggi, jarang la nak jumpa yang cakap pakai low tone. huhu Jadinya, satu wad yang ada dalam lebih kurang dua belas katil pesakit tu, semua boleh dengar sesi kteorang. Lepas tu, mula lah pesakit-pesakit yang lain pun get involved dalam sesi history taking aku yang tak berapa nak menjadi tu. kui3...

Ada je nurses dalam wad tu. Dua orang. Sibuk sebab tengah prepare ubat ngan ambil bacaan paras gula pesakit kan. Bila ramai dah bersuara, mulalah riuh wad tu. Ada pak cik yang duduk katil bertentangan, panggil aku. Tanya nama segala lah. Nak tolong aku, dia tanya apa yang kau nak tau pasal pesakit ni. Laaaaa... dah aku tak tau arabic words nye kan, memang tak dapat lah aku nak tanya. Pak cik katil sebelah pak cik tu pun tanya, kau tau cakap arab tak? Aku jawab aku tau sikit-sikit je. Pak cik tu cam encourage la, dia cakap kau cakap jelah apa yang kau nak tanya. Jangan takut. Dua orang nurses tu pandang-pandang senyum je. Aku dah telan air liur. Mati akal aku dah ni. 

Aku pun usha la kat kati pak cik aka pesakit aku ni. Tak jumpa plak file dia. Tanya kat nurse situ, mana file pak cik ni? Laaaaa ada kat nurse tu rupanya. Dari tadi dia tengah siapkan set ubat pak cik tu. Sabar je la kan. Cool bebeh. Aku pun amek then baca la apa yang dah direkodkan. Amek gambar sekali untuk masukkan dalam dokumen nanti. Pastu sambung nak tanya soalan kat pak cik tu. Tengah aku duk nak tanya, pak cik tu muntah la pulak. Aku pun tunggu jela. Lepas peneman pak cik tu dah jawabkan baki-baki soalan aku, aku nak wat physical examination kat pak cik ni. Tapi pak cik tu dah tak larat lepas muntah tadi. Aku setakat check bahagian muka, tangan je. Memang agak teruk keadaan dia. Jangkitan kat mata kanan dan seluruh mulut. Ada parut berdarah kat sebelah kanan bibir. Muka ngan tangan pucat. 

Lepas dah check, pak cik yang duduk katil bertentangan tu panggil (sebab dah tau nama aku kan). Pak cik tu tanya, "Berapa umur kau?" Aku pun jawab, "Dua puluh satu tahun, ya Haj." "Wallahi?!" Pak cik tu ngan pesakit yang lain pun terkejut! Aku senyum je then aku iyakan balik. Pak cik tu cakap, "Aku tengok, muka kau cuma macam...." Pak cik tu siap turunkan paras tangan dia ".. macam budak kecil je tau kau ni." Siap semua orang dalam wad tu gelakkan aku, sekali ngan dua orang nurses tu haa. Aku cuma senyum je. Nurses tu pun tak percaya tu usia aku. Biasalah orang Asia Tenggara memang saiz kecik nak banding ngan orang arab. ngeeheee Waktu ni lah aku tanya nama nurses ni sebab dorang dah tak sibuk ngan kerja dorang. Sorang nama Wafa', sorang lagi Sanaa. Pak cik-pak cik kat situ semua ucapkan doa-doa untuk aku berjaya dalam pelajaran. Dorang tanya, lepas belajar kau stay sini atau balik ke negara kau? Aku cakap aku balik negara sendiri. Dorang wat muka sedih dan cakap stay lah sini.

Aku pun nak keluar dah sebab nak tengok data dalam sistem kat kaunter. Aku tengok pak cik yang ada Multiple Myeloma tu. Dia dah tutup muka ngan selimut. Aku pun ucap terima kasih kat peneman pak cik ni. Dia tanya plak aku ni muslim ke? Aku cakap Alhamdulillah. Soalan tu biasa je dorang tanya even kita memang dah bertudung. Pastu dia tanya, mungkin ke penyakit pak cik ni akan kena ke ahli keluarga yang lain. Muka dia memang sangat risau dan ingin tahu. Masa tu aku rasa macam ada batu besar jatuh atas kepala kot! Tak ingat pasal penyakit ni betul-betul lagi. Then, aku minta maaf dan cakap aku tak pasti. Aku rasa sangat teruk sebagai seorang bakal doktor. Seriously. :'(

Aku pun pergi ke kaunter nak amek data dari sistem tentang pesakit yang Dr bagi kat aku ni. Minta tolong sorang nurse yang ada kat kaunter tu. Bagi nama semua pastu keluar semua rekod pak cik tu. Aku pun minta izin nak dapatkan semua maklumat tu. Masuk lah duduk mengadap monitor komputer tu. Nurse tu duduk kerusi sebelah aku. Tengah aku cari maklumat pasal ujian darah pak cik ni aku dengar macam bunyi game lumba kereta. Bila aku pandang sebelah aku which is nurse yang duduk sebelah aku tadi tu. Seronok lah dia main game kat handphone. Haha. Segalanya mungkin di Mesir. Dah dapat semua maklumat, aku pun siap-siap kemas simpan barang. Oh ya, nama nurse yang teman aku amek maklumat ni, Syamira. Bila aku dah nak blah tu, ada sorang Dr perempuan tu tanya pasal sorang pesakit. Dia sebut nama pak cik yang aku amek history tadi tu. Rupa-rupanya Dr nilah yang bertanggungjawab tolong aku amek history taking. Aku dah nak turun baru dia sampai kan. Dr tu pun tengah termengah-mengah, aku kesian plak macam tambah kerja Dr. Aku cakap dah dapat, kalau ada apa-apa keperluan lain atau nak maklumat lain lagi, aku datang cari dia kemudian. Dr tu terus senyum. Mesti Dr sibuk kan. Shamira ngan Sanaa sempat lagi tanya, esok kau datang tak? Aku cuma jawab, esok kan Jumaat, cuti then aku gelakkan dorang. Dorang pun gelak sebab lupa. Tapi dorang pesan, hari Sabtu aku kena datang lawat dorang kat wad ni. Aku pun gelak je sebab dah macam pesakit kat wad plak kena datang lawat dorang ni. :p Tapi pagi tadi aku tak naik pun tingkat sembilan sebab kelas hari ni penuh.


Jom belajar dari orang sekeliling!

Aku pun turun tangga pergi tingkat dua, klinik pesakit luar tu. Pergi kaunter, buat muka tembok, minta sorang nurse ni ajar aku procedure masukkan catheter. Nurse tu suruh aku masuk bilik wad perempuan. Kat situ aku jumpa dua orang pelajar jurusan kejururawatan. Tahun akhir. Sorang nama Dina, sorang Rania. Dorang baru sembilan belas tahun. Setiap kali pesakit yang semuanya agak berusia, masuk bilik tu dan duduk, dorang semangat panggil aku untuk tengok cara-cara nak masukkan peripheral catheter ni. Daripada awal-awal nak cari salur darah sampailah siap masukkan IV drip. Sangat-sangat bagi sokongan dan semangat dorang ni tau. Terharu plak. Ada antara masa gap tunggu pesakit tu, Dina tanya, "Kau pernah tak masukkan catheter ni?" Aku geleng kepala tanda tak pernah, aku cakap, "Aku selalu tengok je." Dina siap amek tangan aku, buat demo camne nak buat. Semangat dia terangkan dengan Rania. Dorang asyik sebut, "Senang! Senang je! Kalau kau dah jumpa urat tu, tambah-tambah kalau yang lurus, senang!" Aish, mestilah kau pun semangat pun berkobar-kobarkan? Pastu, Dina tanya, "Aku rasa aku nampak macam kau yang duduk dekat kerusi depan luar bilik ni awal pagi tadi. Kau ke?" Haah, akulah tu. Haish, terharu lagi aku dia perasan aku. Lagilah aku semangat nak selalu datang belajar macam-macam kat hospital.

Bila dah azan Zohor, aku minta diri nak pergi solat dulu. Kena cari toilet yang proper sebab kena amek wudu'. Pas solat ngan makan biskut sikit, aku turun tingkat bawah sekali, pergi bilik amek blood sample. Macam biasa, jumpa nurse yang tengah training, Amany. Kteorang sembang-sembang sekali dengan Iman, nurse bertugas kat situ aritu ngan Mustafa, pak cik ni akan hantar semua blood sample collected pergi makmal kat tingkat lima. Iman tengah makan, siap pelawa aku tapi aku cuma ucap terima kasih. Lepas siap makan, dia bancuh plak teh, offer kat aku. Aku pun senyum je cakap tak nak. Iman geleng-geleng kepala. Hari Khamis dorang tutup awal, dalam pukul satu tengah hari camtu. Jadinya, aku duduk situ sekejap je, tak ada pesakit yang datang, dorang sapu-sapu, bersihkan sinki dan meja, siap-siap nak balik dah. Rasa sedih gak tapi tak apa insyaAllah ada rezeki lain masa. Aku pun siap-siap, lipat n simpan lab coat dalam beg. Haaaaa... Petang tadi terserempak dengan Iman masa aku ngan kawan-kawan kelas yang lain nak pergi psychiatric hospital, ada kelas kat sana. Dia ni berpurdah tapi Alhamdulillah aku dapat cam mata dia dah (: Dia pun ingat aku masa terjumpa tadi. Dia tanya kenapa tak datang hari ni, aku cakap ada kelas lagi. Dia suruh datang esok. Macam mana eh nak terangkan perasaan aku masa tu. Seronok sebab dapat kenal ngan masyarakat tempatan, kenal yang dorang ni welcoming, sedia je nak tolong kita.

Mungkinlah coretan aku ni sekadar cerita. Tak ada pun curahan ilmu medic kat sini. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku lalui kat sini. Inilah orangnya, masyarakat sekeliling yang membantu, membentuk antara komponen-komponen dalam diri aku. Kata orang, mutiara dalam debu-debu pasir Mesir ni. Biarlah satu masa nanti, bila aku baca balik apa yang aku taip ni, aku tau, aku puas hati, setidak-tidaknya aku cuba. Aku cuba cari peluang dan gunakan sebaik mungkin walaupun sebenarnya masih banyak sangat yang aku kena belajar. Aku berkongsi kat sini untuk bagitau yang nak sesuatu tu, kita yang kena buat. Aku bodoh bahasa arab jadi aku kena push diri cuba gak communicate dengan bahasa arab. Ilmu medic jauh sekali lah kan nak kena master. Tak apa. Biarlah kita mula dengan kosong, sikit-sikit nanti kita semakin terisi insyaAllah.

Dan aku masih mahu terus mencuba dan belajar lagi.

Ok, Khamis ni, 31/10/2013, aku ngan kawan-kawan akan ada end round exam untuk round masing-masing. InsyaAllah khair!



Awesome groupmates
-Haematology-


Sunday 20 October 2013

Aku pilih kau

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Alhamdulillah, sekarang dah jadi pelajar medic tahun 4. Alhamdulillah, pujian buat Allah tuhan sekalian alam yang memberikan rezeki. Bila dah semakin meningkat usia dalam belajar ni makin banyak tanggungjawab atas ilmu yang dituntut. Dah tahu, kena amal. selalu sangat gagal bab ni 


Ya, Mesir bergolak dan geloranya masih bersisa dan menanti masa gelombang baru. Aku di sini terus berdepan dengan kehilangan demi kehilangan. Ramai yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di tempat lain. Yang menjadikan "Mesir", satu nama dalam lipatan sejarah perjalanan kehidupan. Aku doakan yang terbaik buat mereka dan diri sendiri. InsyaAllah itu yang terbaik buat masing-masing.


Aku? Aku masih di sini. Memejam mata, bisikkan pada jiwa, di sinilah tempat aku memburu cita-cita. Cinta aku kat Malaysia haha ok, merepek dah Siapa yang tak goyah, yang tak goyang beb? Dibukakan peluang belajar, duduk kat tempat sendiri? Siapa yang tak nak bhai? adeh... Tipulah kalau aku rileks saje. Berlawan dengan kata hati dan logiknya akal ke mana hala tuju masa depan. Siapa yang tak nak berada di tanah sendiri? Dekat dengan Puan Mama dan Inchik Ayah. Kalau cuti setakat dua hari pun still boleh nak berkejaran balik jenguk dorang. Stay Mesir? Harapan celah gigi lah nak balik tengok dorang dengan cuti dua hari yang ciput tu. Habis atas awan je. Belajar kat Malaysia, tak adalah sindrom nak melahap segala jenis masakan makanan 1 Malaysia menjelang ambang-ambang exam. Asal nak dekat exam je nanti, mulalah nak makan roti canai lah, nak perkena teh tarik lah, nak makan mihun sup daging lah, pasemboq lah, tosai lah, dim sumlah, itik pangganglah and the list go wild on haha Siapa yang tak nak duduk je kat Malaysia? Senang dah masuk tahun klinikal ni nak buat praktikal. Senang faham bahasa melayu, nak tanya soalan kat pesakit, nak minta tolong cik misi ajar kita. Tak adalah kena buat bahasa isyarat yang sangat lah ekstrem bila tak tahu satu benda tu macam kat sini. Jenuh payah la nak lakonkan apa yang kteorang tak tau tu. haha



Hakikat. Realiti. Aku tetap kena terima. Bagi aku untuk diri aku sendiri, aku tanamkan, "Once kau dah start kat sini so lets finish it here, okay?" Susah tak susah nak teguhkan hati, tetapkan pendirian meh. Buat kawan-kawan, adik-adik, seniors yang memilih untuk meneruskan perjuangan kat tempat lain, All the best! Sangat menipulah kalau dalam hati ni tak ada sekelumit pun rasa nak sangat belajar kat Malaysia, tak rasa cemburu tengok sorang-sorang balik sambung belajar kat Malaysia. Tipu weyh! Tabahkan lah hati! Tabahlah bersama wahai hati! Kalau dulu aku tak terbayang pun nak belajar kat Mesir, sekarang apatah lagi desakan hati ni nak belajar kat Malaysia kan? huhu Kuatkanlah semangat! Fokus! Fokus! Dua tahun setengah je lagi! Bertahan! Sampaikan boleh plak meminta-minta dalam hati ni, kawan-kawan janganlah pergi. Bak mai sini penumbuk kang la ngade je kan



Tipu la kalau langsung plak tak rasa sayang kat Mesir ni. Pulak da lah kan? Dilema la konon. Nampak tak main tarik tali ni? Orang kata, bila dah minum air Sungai Nil tu, dah memang jatuh cinta la ngan Mesir. Kot lah kot. Jujur aku cakap, memang sayang lah nak tinggalkan Mesir kalau nak sambung belajar kat tempat lain. Banyak yang aku dapat dari tanah yang barakah ni. Aku tak rasa aku dapat kecapi syoknya tarbiyah kalau aku tak pijak tanah ni. Aku tak rasa aku boleh berubah dalam masa yang singkat kalau aku tak hirup, tak dikelilingi anginnya yang 'berdebu' seribu makna ni. InsyaAllah, aku tetap bertahan di sini sampailah akhir nanti aku teriam segulung ijazah buat hadiah Puan Mama dan Inchik Ayah.



Dalam bingung-bingung, hati rasa macam kena garu-garu, jiwa macam kena robek dengan desakan perasaan yang gila ni, selalu aku pandang keliling setiap kali aku keluar rumah. Tak kisahlah keluar pergi kuliah ke, hospital ke, kedai ke. Aku perhatikan sekeliling. Memang pada mata kasar, yang buruk je cepat dirakam mata dan difahami otak. Sampah yang ibarat hiasan jalan-jalanan, himar/keldai yang buruk bunyinya lagi mencucuk hidung tinjanya yang ditinggalkan berciciran dijalanan, hon-hon kereta ibarat halwa telinga yang tak semena-mena yang sampai sekarang aku pun tak faham kenapa suka sangat dorang ni bunyikan hon dah semacam satu gian dah, lontaran ejekan budak kecik, remaja mahupun orang tua yang berfikiran aku ni kadang jadi orang China, Korea, Jepun, Indonesia pun ada malah si orang asli yang diejek boya boya, memang sangatlah macam retis kan haha, dengan sistem yang sangat ketinggalan, janji orang sini yang aku rasa nak ke buang ke dalam jamban pastu flush banyak-banyak kali, sesetengah orang sini yang suka menipu pasal harga/duit, peminta sedekah baik yang budak hingusan atau yang tua yang kejar budak Malaysia macam perompak, kalau tak bagi silap hari bulan kau kena lepuk (kau ingat tangan dorang standard tangan ko yang kecik tu lah kan la pulak) dan macam-macam lagi yang buat aku makin kena jadi 'kasar' dalamnya untuk terus hidup. Budak Malaysia yang belajar kat Mesir ni (yang hidup berdikari la) kalau campak mana-mana insyaAllah boleh hidup sebab memang tough owh hidup dengan masyarakat kat sini.



Percaya atau tak kat sini juga lah aku belajar untuk jadi seorang hamba yang lebih dekat kepada Pencipta aku Yang Maha Esa. Kat ardul kinanah ni la aku kenal tarbiyah yang sememangnya mendidik aku menjadi siapa aku. Ya, Puan Mama dan Inchik Ayah memang sejak azali lagi didik aku sebaiknya tambah kat sini menjadi pelengkap aku kenal Rabb aku. Cuba kau bayangkan mana kau nak jumpa majoriti masyarakat dia berlumba-lumba bagi salam? Masuk kereta (baca: teksi), bagi salam. Jumpa tepi jalan, bagi salam even kau ngan kawan kau tu seberang jalan siyh! Masuk dalam lif, bagi salam. Sampaikan aku bila balik Tanah Melayu tersasul-sasul nak bagi salam merata, orang duk tengok, buang tabiat ape budak sekor ni? Masyarakat kat sini yang ambil peduli satu sama lain. No apathy of bystanders. Kalau kau jatuh motor, ada je yang nak tolong. Kat sini, kat mana-mana je kau boleh solat. Tepi jalan, celah bangunan, tumpang mana-mana bilik kosong, atas padang, janji kau ada wudu' dan alas untuk sujud dan paling penting for sure tahu arah kiblat la kan. Tak pelik pun orang tengok kau solat kat mana. Secara automatiknya, aku belajar untuk menjaga wudu' sebaik mungkin kat sini terutamanya waktu musim sejuk. Kat sini gak aku tertawan aih tengok manusia-manusia berjubah bersih, pakai minyak atar, rambut kemas disisir, tambah plak ngan rupa paras yang Allah bagi memang cantik dan kacak, terus aku lupa dah sampah sarap kiri kanan tambah-tambah bila akhlak dorang pun tip top lagi-lagi bila dengar dorang mengaji atau ulang hafalan! Umpama rasa diri di syurga habaq kat hang! Perfecto! Kalau kat kuliah ke hospital, jumpa mostly Dr kat sini humble, willingly nak tolong kita, nak bagi kita tahu dan faham, tak malu pun nak mengaku dorang tak tau something. Memang ada je kadang-kadang isu-isu perkauman jadi tapi tolak tepilah bab tu, sedar lah diri ni menumpang belajar kat negara orang. Kat sini gak aku belajar, kalau orang tu baik, memang baik sangat. Bab kalau jumpa yang jahat tu nauzubillah memang jahat gila. Layan, tolong kita sampai aku yang jadi segan. Siap kalau jumpa mama baba (tuan rumah) yang baik tu, hantar makanan tak pun ajak makan sama-sama. Makanan tu plak dorang nak kita ikut portion dorang kan. haha



Terdetik gak, jadi fikiran. Memang sangat best la kalau dapat belajar kat Tanah Melayu kan tapi bila aku fikirkan balik, ada sebab kenapa Allah letakkan aku kat bumi anbiya' ni. Marilah kita terus bertahan, buka mata, buka minda, buka hati cari mutiara-mutiara indah di celahan pasir berdebu dahasyat ni. 



Aku tak isi borang permohonan tu even tak klik langsung tengok pautan borang tu bukan sebab apa, sebenarnya sebab aku tak ada internet awal-awal sampai sini. haha.. gila merapu ayat. Mmemang tak ada internet tapi aku memang tak tergerak langsung nak isi sebab hati aku yakin kat sinilah tempat aku. Tempat aku bersedia untuk menghadapi dunia nanti. Jauh sekali aku tak isi sebab aku tak teringin nak duduk dekat dengan keluarga aku, kawan-kawan yang sememangnya aku rindu yang sekepla gila-gila ngan aku, tempat yang aku dah biasa cuacanya dan normanya. Dengan panas dan sejuk yang tak menentu duk mengundang kesihatan tak menentu.Nak cakap pun senang kan tak adalah kena lakonkan, gayakan plak. hohoho Tapi aku kira, inilah sedikit cuma pengorbanan aku untuk merealisasikan impian Puan Mama dan Inchik Ayah terutamanya. Biarlah aku tinggal berusaha kat sini dalam usaha aku untuk terus mendidik hati dan diri yang selalu lupa ni. Banyak lagi lompong, cacat cela yang aku kena perbaiki dan aku harap sampai masa nanti, lagi dua tahu setengah insyaAllah, biarlah Puan Mama dan Inchik Ayah mampu tersenyum lebar gembira dan puas hati atas diri aku jadinya nanti. Dan pada masa tu nanti gak, aku mampu toleh ke belakang dan tak akan menyesal dengan keputusan yang aku buat ni.



Semoga redha Allah sentiasa mengiringi. Amin!

Ok, sekarang tengah round Haematology. Belajar pasal darah dan seisinya yang berkaitan. Mohon doakan yang terbaik!

Ini bebelan aku dan aku yakin aku mampu harungi keputusan ni dengan penuh pengharapan hanya kepada Allah kerana pada noktah terakhir nanti hanya satu tujuan, matlamat kita. Sama.

Mardhatillah yakni redha Allah dan syurga-Nya.







Yang bebel merapu,
Mardhatillah Seeker aka Pencari Redha Allah.