Saturday 17 December 2011

main terjun even dengan mixed feelings?

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful




Alhamdulillah, masih lagi hidup atas muka bumi ni untuk mencari redha-Nya, insya-Allah!


Kebelakangan ini ujian datang dalam lingkup kehidupan seperti teman karib yang selalu ada untuk satu sama lain. ya! amat lah pahit dan sakit hadapi satu persatunya.
Moga ujian-ujian ni menjadi tanda bahawa Allah selalu bersama Mardhatilllah Seeker! *aman*


hujung minggu kali ini dihabiskan dengan kami beramai-ramai turun ke Mak Negara di Tengah Timur ni. adalah yang MS buat kat sana. huhu~ sejurus selepas habis urusan dan bersolat Maghrib, MS bersiap-siap mahu pulang ke tanah pinggiran petani ini pula. tengah-tengah bersiap itu, telefon bimbit MS bergetar (baca: vibrate) dan muncullah nama insan yang amat MS cintai! Puan Mama menelefon MS setelah sekian lama kami tidak berbual panjang seperti tahun lepas. agak berdebar unuk jawab dengan keadaan masa itu. amat kompleks di sini untuk diterangkan!  tapi rindu punya pasal, MS pun jawab dan bersembang kejap. MS hanya manusia biasa yang penuh khilaf. tak tahu mana silapnya, Puan Mama seperti agak mmmm tak tahu nak describe macam mana. Inchik Ayah juga MS rasakan sebegitu. Allah! waktu itu rasa macam kena hempap dengan Gunung Sinai je! dan Puan Mama mengulang-ulang ayat yang sama dan kata-kata itu seakan-akan mengambil semangat yang menggungung tingginya langit yang aku dapat sepanjang berada di Mak Negara di Tenga Timur ini lantas meremuk kan semangat itu. dirobek lalu dicarik-carik pula sehinggalah yang tinggal hanya MS yang terpana! Lalu MS hanya ucapan kata cinta dan rindu buat Puan Mama dan Inchik Papa di akhir perbualan. telanlah rasa yang remuk tu. bersalam-salaman dengan Tuan Punya Rumah dan tetamu lainnya sebelum bertolak pulang dengan senyuman yang plastik.. sebenarnya cuba untuk senyum dengan ikhlas bagi sembunyikan perasaan masa tu


dalam perjalanan ke Macam Nama Firaun ramsis  MS dan yang lain menaiki bas.. da nak dekat sampai tu, MS dapat duduk di kerusi kosong bersama-sama Ukhti Orang Cakap Sama Muka dan telah meluahkan rasa waktu itu. adeh... hilang macho MS, empangan pecah dalam bas. sedang cakap-cakap tu, pak cik bas suruh turun padahal belum sampai. ramai yang protes. tengah bas nak bergerak semula dan MS masih lagi meluahkan rasa, MS nampak kelibat Ukhti Tudung Biru kat luar! seorang plak tu! untuk makluman, waktu tu dah malam ok? MS pandang ukhti-ukhti yang lain yang duduk di seats depan berdekatan tempat Ukhti Tudung Biru duduk sebelum ni. semuanya terpinga!


Tanpa berfikir panjang, MS bangun dan pergi ke pintu tengah bas sebab nak jenguk tengik Ukhti Tudung Biru kat luar dan ambil keputusan untuk turun dari bas. Mula-mula bas tu gerak slow je, ngam-ngam masa MS nak turun bas jadi laju kan? MS tawakal dan terus terjun... huuuuu~
sedar-sedar, MS dah dekat bahagian kecemasan hospital. eh. bukan-bukan.
sedar-sedar, tengok-tengok bangsa Besar semua tengah tengok MS. ok. MS terbaring di tepi jalan Nama Macam Firaun tu! terus lah MS bangun. control macho wat macam tak jadi apa-apa. hehe~ korang nak gelak ke nak ngata ke, suka hatilah... kau mampu ke?  Ukhti Tudung Biru nampak semua tu dan terkejut lalu datang peluk MS. nasib baik tak cedera mana-mana. nak tahu sebab apa? sebab Allah tolonglah. MS pakai beg pack travel yang besar sampaikan Ukhti Suara Kecil cakap MS kura-kura yang diselamatkan oleh cengkerang.. =_______=" MS bukan sengaja nak terjun, cuma memikirkan macam mana Ukhti Tudung Biru tinggal jalan berseorangan malam-malam ni? kan? 


Dalam termco (van) yang kami ambil untuk pulang ke tanah pinggiran petani ni, MS duduk sebelah Ukhti Kugelar Mak dan waktu tu memang luahkan habis-habisan!!! jazakillah sayang sebab sanggup tunggu MS habis celoteh baru mula makan. (=  ukhti yang lain juga sama; jazakumullah khairan khateeran!! tana kalian siapalah MS!


sampai ke tanah pinggiran, ada gak kes MS buat tapi biarlah. lawak malam hari. sampai dekat (belum sampai di, ok?) rumah, Ukhti Kugelar Mak sanggup luang masa teman MS makan padahal MS tahu dia sudah amat letih. *terharu*






Alhamdulillah! nikmat ukhuwah kerana-Nya yang Allah beri... (^_____^)
ada banyak lagi nak kongsikan kat sini. tapi masa amatlah padat! lain kali yea?





balik rumah penat-penat... tengok limau berkulat.. aisshhh.... cam rumah tak ada penghuni... *tambah sedih* 

Thursday 17 November 2011

patah hati?

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani


Pagi tadi keluar atas urusan penting... 
Alhamdulillah si ukhti sayang sanggup menemani walaupun tak berapa sihat sebenarnya... 
Alhamdulillah! jazakillah khair wa khateeran! =D

Hati dan minda sebenarnya tidak seceria muka... 
ibaratnya patah hati pada sekeliling?
 memang rasa tak tenang.. mencari-cari kenapa jadi macam ni...

Tapi pabila telah melalui ke sana ke mari atas urusan itu... 
melihat dan memikirkan apa yang telah berlaku dalam jangka masa yang sekejap itu... 
Mardhatillah Seeker menjadi terharu atas 'pujukan'-Nya... 
pujukan yang mampu menenangkan hati ini... 
MS terpana seketika memikirkan di rumah...

untuk makluman, MS menuntut di Tanah Arab yang sememangnya anda tahu kasar la, suka marah2 la and so on, so on... 
memandangkan mood MS pun tak ok, MS pun macam redha kalau kena lalui macam2 kesusahan dalam nak wat urusan itu...

but, Allah knows better... 
first taxi je, ammu tu baik sangat.. even dia pick kami di tengah jalan... haha... masuk2 je dalam teksi, dia suruh selawat... 
memang terkena rasanya MS sebab rasanya dalam sedar dari rumah sampailah ke jalan menahan teksi, tak ada selawat langsung pun! 
memang malu sangat rasanya!  
tengah dia dah drive ke tempat A, dia boleh pula drive sebelah-menyebelah (faham kan?) ngan teksi lain, then guess what?
 DIA PUN SURUH AMMU TEKSI TU SELAWAT! 
subhanallah! 
dia betul2 semangat untuk mengingatkan orang sekeliling dia mengingati Nabi pembawa rahmat sekalian alam itu.. 
dia tak kisah pun kalau orang lain nak pandang slack ke ape ke kat die...
refleks diri balik... malu... malu...belum sampai tahap itu dalam kerja DnT ni! 

di tempat A pula, urusan tak dapat diselesaikan.. fikiran dan perasaan semakin serabut...
 memang rasa down tapi usaha juga pergi ke merata-rata...
 malangnya, tak berjaya juga... 
jadi kami decide pergi ke tempat B pula... tahan teksi... ammu teksi pun baik gak... 
memang sepertinya Allah permudahkan! 
tak ada asap rokok, tak ada marah2 minta duit lebih tanpa sebab munasarawak... 

tapi, Allah dah tetapkan mission incomplete.. 
di tempat B pun tak dapat diselesaikan... 
pulanglah kami ke rumah dengan menahan teksi... 
tapi ammu teksi tu ikut jalan jauh... 
tapi kami tak kisah sebabnya die pasang ngaji dan memang rasa tenang sangat... 
siap dia pun ngaji sekali tahu? 
sampai je ke destinasi, MS keluar dulu dari teksi, si ukhti sayang yang pass duit ke ammu teksi... 
on the way balik rumah, si ukhti sayang cakap ammu teksi tu minta 1 EGP lagi tapi si ukhti sayang tak rasa keberatan nak bayar pun sebab cara dia minta baik je dan memang jauh pun jalannya daripada biasa...

apa-apa pun, 
Alhamdulillah! 



Apa yang MS cuba kongsikan marilah kita lihat dari kaca mata hati dan kembali pada Allah...
ketahuilah segala yang berlaku di sekeliling kita ni, ada sebabnya, ada hikmahnya, ada pengajaran yang Allah nak kita dapat... 
kita sedih sebelumnya... 
selepas itu Dia permudahkan urusan kita pula... 





Doakan Mardhatillah Seeker diberi kesabaran dan kekuatan dalam mencari erti hidup ok?



Friday 26 August 2011

berebut produk perut?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Kalau dihidangkan perut lembu.. jadikan kerabu perut lembu buat lauk berbuka rasanya berbaloi gak. Betul tak? Tapi menu ini bukan lah topik yang nak dibentangkan Mardhatillah Seeker sekarang.
Mari renungkan satu kisah ni..

Si Langau terbang bebas bersiar-siar pada suatu pagi yang hening. Seperti biasa ia terbang mencari rezeki. Sedang asyik menikmati keindahan matahari terbit sambil terbang ke destinasi kesukaan, ia terhidu sesuatu yang menakjubkan. Maklumlah awal-awal pagi ni ‘rezeki-rezeki’nya murah, tambah-tambah ia terbang berdekatan dengan ladang penternakan lembu Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya. Lalu tanpa membuang masa Si Langau terus terbang laju meluncur udara ibarat jet pejuang Air Force ke arah rezeki panasnya yang mengeluarkan aroma yang amat asyik sekali baginya.

Sedang Si Langau menambah kelajuan maksimanya, ia melihat Si Lalat pula yang telah berada di hadapannya, turut menuju ke a rah yang sama. Kehadiran mengejut Si Lalat membuatkan Si Langau berasa amat marah! Si Langau pun memintas Si Lalat dan merempuhnya di angkasa raya.

“Aduh! Apa yang kau buat ni Si Langau? Butakah?” Jerit Si Lalat kesakitan dan terkejut dengan tindakan Si Langau.

“Ah, kau yang bersalah! Dasar keturunan lalat! Tak boleh tengok aku senang!” Bentak Si Langau.

Si Lalat yang bingung berkata, “Apa kau cakap ni? Aku pantang betul sebut-sebut keturunan ni.”

“Si Lalat! Kau jangan nak ubah cerita! Aku yang nampak ‘produk perut’ itu dulu! Milik aku la jadinya!” jerkah Si Langau.

“Tidak! Aku yang terbang ke arahnya dulu. Kau lambat lah Si Langau. Ia milik aku serta sekutuku!” Balas Si Lalat.

“Aku yang punya!” Si Langau tetap pertahankan kata.

“Milik aku lah!” Si Lalat tidak mahu mengalah.

Mereka berterusan bertekak. Berbalas kata, pertahankan kononnya hak kepunyaan masing-masing. Keadaan itu terus berlarutan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Si Langau tetap dengan katanya, Si Lalat pula tetap dengan ujarnya.

Sedang berlawan air liur, menjerit-jerit antara satu sama lain, datang Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya dengan but kuning ala-ala Phua Chu Kang mengutip ‘produk perut’ rebutan hati jantung jiwa dan bakul Si Langau dan Si Lalat tersebut. Si Langau dan Si Lalat kaget dan terkedu.

“Alhamdulillah. Uish! Panas lagi ni. Haha… Boleh buat baja ni. Jimat kos.” Ujar Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya sambil mengumpulkan ‘produk perut’ rebutan kedua-dua makhluk itu tadi ke dalam tong yang ditariknya.

Akhirnya, Si Langau dan Si Lalat hanya berpandangan satu sama lain dengan perasaan yang amat kecewa yang tak mampu digambarkan di sini.

Korang tahu apa yang Si Langau dan Si Lalat rebutkan sampai bertekak sakan, bertegang urat leher? Hah! Korang semua pandai-pandai.. bijak-bijak belaka… mestilah tahu kan…. Si Langau dan Si Lalat berebutkan hak milik atas TAHI LEMBU tahu? Betapa kta tengok tak ada faedah nya lah nak rebut yang itu. Macam tak ada pilihan lain lah pula. Geleng kepala sambil buat muka terkilan.

Mardhatillah Seeker di sini nak berpesan janganlah terdetik sikit pun  di hati nak jadi seperti Si Langau atau Si Lalat tu. Tetapi, ramai sangat umat manusia yang membuat keputusan yang lebih teruk lalu menjadi lebih seperti tidak berakal berbanding dengan Si Langau dan Si Lalat tadi.

Ibaratnya Si Langau dan Si Lalat tadi ialah kaum Hawa dan Tahi Lembu rebutan itu pula ialah kaum Adam. Jangan panas punggung pula. Rileks. Baca sampai habis dulu. Ini bukan gender bias. Ini sememangnya terjadi dalam realiti kehidupan masyarakat sekeliling kita kini. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Bertindak lebih teruk daripada binatang seakan-akan mereka boleh jamin diri masing-masing pasti miliki hari yang mendatang. Semata-mata kerana lelaki yang seorang, perempuan sanggup saling menjatuhkan maruah dan martabat mereka merebut tempat di sisi lelaki itu. Kalau diperhatikan pula, lelaki yang direbutkan itu tidaklah pula termasuk dalam senarai para pemuda yang Allah ta’ala mahukan! Rokok setia di antara jari telunjuk dan jari tengahnya, asap tak habis-habis berkepul keluar dari hidung dan mulutnya, kepala lutut pun ditayang sana sini, ilmu ditanya tidak tau apa, apatah lagi kalau soal bab agama. Itu yang direbutnya? Geleng kepala dengan muka reaksi nak muntah. Sebab itulah Mardhatillah Seeker samakan dengan Tahi Lembu. Ada paham?

Sebab si perempuan pula Mardhatillah Seeker samakan dengan langau dan lalat, faham-faham lah keadaan mereka macam mana kan… Merewang sana sini tanpa tujuan, buat bising ketawa selayaknya pontianak tarik perhatian, tindak tanduk mahu ikut yang jahiliyyah saja… Mana nilai mereka yang agama Islam telah muliakan? Mana mereka humbankan?

Tidaklah  Mardhatillah Seeker katakan diri ini cukup sempurna tetapi terlalu tidak patut mereka berkelakuan seperti itu. Ia meruntun jiwa lebih parah daripada perasaan hiba tatkala melihat kanak-kanak Somalia di sana! Madhatillah Seeker baru saja saksikan ‘adegan drama’ percuma sebentar tadi. Sebab itulah Mardhatillah Seeker terlintas untuk katakan di sini. Sekarang hampir pukul 3.00 pagi waktu Tanah Melayu yang semakin melayu ini. Apalah yang Si Langau dan Si Lalat banggakan sangat merebut Tahi Lembu itu sampai terjerit-jerit, memekik-mekik antara satu sama lain waktu-waktu pagi buta ni depan khalayak tahi-tahi lembu yang lainnya? Mardhatillah Seeker yang melihat di sebalik jendela pun jadi pelik.Dahlah malam Jumaat, bulan Ramadhan minggu terakhir pula tu. Malaikat-malaikat yang Allah ta’ala perintahkan turun ke bumi pun makin bingung melihat makhluk-makhluk yang semakin menempa tiket percuma ke tempat kembali yang menyala-nyala dengan amat dahsyat itu. Sedih melihat mereka semakin tenggelam dalam gelombang dunia yang mereka ciptakan. Tetapi Allah ta’ala berulang-ulang kali mengingatkan dalam Al-Quran…

Maka barangkali engkau (Muhammad) akan mencelakakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).
(Surah Al-Kahf, 18 : 6)

Yakin bahawa janji Allah itu benar dan pasti. Kita menyampaikan dan terpulanglah kepada mereka membuat arah tuju layar kehidupan mereka.

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa  (kecuali syirik) semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutlah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,
(Surah Az-Zumar, 39 : 53-55)

Mardhatillah Seeker terfikir… Apakah Ramadhan dirasakan tiada apa-apanya pada kehidupan masyarakat umum sekarang? Menjelang Ramadhan, adakah bazaar iftar sahaja yang menjadi topiknya? Tundukkan kepala menahan perasaan.




“Bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya, maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu.”




Selamat menghayati Ramadhan yang semakin meninggalkan kita. Berdoalah dan berharaplah kita semua akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan mendatang. Amin!







Friday 19 August 2011

KFC, Pizza Hut, McDonald?


Matikah kita tanpa produk-produk itu?

“I cadang kita tempah KFC, McD atau Pizza Hut”, ujar Borhan. Sejak awal lagi, Borhan sering menyebut tentang KFC, McD dan Pizza Hut sebagai menu jamuan mereka.

“Kita kena buat special sikit. Kita tempah KFC, McD dan Pizza Hut, baru orang nampak grand. Senang pun senang, order aje lepas tu semua siap. Nak kemas pun senang”, kata Borhan menguatkan hujahnya.

“Ish, tak sesuailah makan fast food. Kita kan nak buat waktu tengah hari. Baik kita makan yang berat terus, lunch. Makanan Malaysia. Kos pun lebih murah daripada KFC, McD dan Pizza Hut,” tegas Ali. Dia memang tak suka makanan-makanan segera. Bukan sahaja membazir kerana harganya malah ia tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya amat berlebihan terutamanya aditif dan monosodium glutamate. Ia berisiko terhadap penyakit kerosakan gigi, sembelti, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan kanser usus besar.

“Borhan, kamu rela makan KFC, McD dan Pizza Hut? Tak bau darah rakyat Palestin ke dalam tu? Itu semua produk barangan Yahudi dan sekutunya tau. Kita beli produk mereka seolah-olah kita beri mereka peluru untuk tembak saudara kita sendiri di Palestin,”sambung Ali bersungguh-sungguh.

“Ala, janganlah fikir kolot. McD memang terang-terangan mengaku bagi sumbangan kat Israel,tapi KFC Malaysia tak ada kaitan dengan KFC Israel. Kan JCorp punya, pengarahnya orang Melayu kita”, tegas Borhan, berasa tercabar apabila makanan kegemarannya dikaitkan dengan Yahudi yang menghancurkan Palestin.

“Kalau logo sama, brand pun sama, apa lagi? Mesti ada kaitan. Kalau tak bayar kat Yahudi mesti dah lama kena samansebab guna brand mereka. Pengarah KFC sendiri mengaku JCorp bayar royalty penggunaan jenama pada Yahudi”.

“Alaaa, bayar sikit je. Setakat bagi 6% tu apalah sangat”, sangkal Borhan.

“Keuntungan KFC mencecah berbillion-billion ringgit tau. Nilai 6% yang kononnya kecil tu mencecah jutaan ringgit, tahu tak? 1 sen pun sepatutnya kita tak rela duit kita sampai ke sana. Lainlah kalau memang dah tak ada alternatif lain”, balas Ali.

“1 sen? Berkira sangatlah you ni”, ujar Borhan.

“Kalau macam tu, setakat mencuri 50 sen tak apalah ya? Kalau mencuri RM1000 baru jadi haram? Begitu? Curi tetap curi. Allah akan dakwa walau curi 1 sen sekalipun. Haram tetap haram,” balas Ali.

“Habis tu, rakyat Malaysia nanti nak makan apa kalau boikot KFC, McD dan Pizza Hut? Lagipun, beribu rakyat Malaysia kerja kat situ. Habislah periuk nasi mereka,” Borhan enggan mengalah.

“Astaghfirullah! KFC,McD dan Pizza Hut atau Tuhan yang beri sumber rezeki? Kenapa bergantung pada KFC,McD dan Pizza Hut, bukan kepada Allah? Banyak lagi alternatif lain. Nak atau tak nak je. Lagipun, mana lebih penting? Periuk nasi kita atau nyawa saudara kita?” Tegas Ali.

“Produk ayam goring Muslim pun semakin berkembang sekarang ni. Cuma promosinya belum meluas kerana ramai yang masih memilih untuk menyokong KFC, McD dan Pizza Hut,” sambung Ali.

“I tak adalah maksudkan Tuhan, tapi kalau kita tengok syarikat-syarikat ni bagus juga, banyak berjasa kepada ekonomi di Malaysia”, kata Borhan.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Tapi lagi bagus kalau KFC, McD dan Pizza Hut kat Malaysia bangunkan jenama sendiri. Bebas daripada Israel. Tak susah pun. Dan bila itu berlaku, saya mungkin jadi orang pertama yang akan pergi menyokong,” ujar Ali.

“Ya ke? Habis tu yang orang Islam masih ramai duk makan KFC, McD dan Pizza Hut tu macam mana? Bangga lagi tampal, tunjuk lambang Drive Thru masing-masing kat kereta,” kata Borhan berdalih.

“Masyarakat umum buat tak semestinya benda tu betul. Mereka mungkin tak tahu. Kenapa nak ikut mereka? Sepatutnya kita jadi contoh pada mereka,” jelas Ali.

“Alah! Kita beli sikit jelah. Takkan lah dengan duit yang berapa sen kita bayar tu Israel dah boleh beli bom atom,” cemuh Borhan.

“Memang tak dapat beli bom atom tapi mungkin dapat beli sebutir peluru dan peluru itu mungkin dah tembus kat kepala mahupun dada kanak-kanak Palestin. Kalau semua orang fikir macam yang kamu fikir, bom nuklear  pun mereka mampu beli. Ingat! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,” sangkal Ali.

“Susahlah cakap dengan ustaz ni. Ini tak boleh, itu tak boleh, apa pun tak boleh,”dengus Borhan.
Setelah berfikir sejenak, Borhan kembali bersuara, “Ala kita beli kali ini ajelah. Kalau kita boikot KFC, sikit pun tak terjejas syarikat Yahudi tu. Kalau seribu orang rakyat Malaysia boikot pun masih belum terjejas lagi. Cawangan mereka banyak di seluruh dunia.”

“Kalau tak terjejas pun tak apa. Yang penting, Allah nilai. Ni tanda perjuangan kita nak lawan Yahudi. Cuba fikir, apa sumbangan kita untuk tolong orang Palestin? Nak pergi ikut perang jauh sekali. Doa pun sekali-sekala je. Kita kena buat buat sesuatu. Nanti Allah akan Tanya apa sumbangan kita,” jelas Ali.

*****

Jamuan tengah hari mereka berlangsung agak meriah. Semua orang memuji masakan kampung yang dihidangkan. Lain daripada hidangan yang biasa dnikmati sebelum ini. Mereka makan dengan begitu selera. Ali sempat menjeling Borhan, dia pun nampak berselera. Ali senyum.

“Masakan macam ni baru bagus. Kenyang. Ni asyik-asyik KFC, McD tak pun Pizza Hut. Jemulah. Lagipun saya tak suka sebab tu semua produk Israel. Saya benci mereka. Zalim. Pengganas,” kata Chan. Deva di sebelahnya pun turut bersetuju.

Ali berasa sebak dengan penjelasan Chan, seorang yang bukan Islam. Mereka pun sedar dan bencikan Israel atas dasar kemanusiaan. Malangnya masih ramai orang Islam langsung tidak mempedulikan dan tidak sensitif dengan isu tersebut. 




*sedutan dan diolah dari novel, Denyut Kasih Medik 

Friday 29 July 2011

bulan itu bulan cinta!

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful





“Bunyi bising ape tu?” Puan Mama bertanya kepada Sang Pencari Redha Allah
“Mmm… entahlah Puan Mama. Bunyi bukan macam dari kedai depan ni.. rasanya cam konsert plak… huhu..” balas Sang Pencari Redha Allah
“Dari lubuk pendidik tu tak…” Sang Pencari Redha Allah memandang ke arah lubuk yang dimaksudkan setelah menangkap garis sayu kecewa Puan Mama
“Itulah.. kan dah Syaaban sekarang ni…” Puan Mama seakan akan menelan kecewa
Sang Pencari Redha Allah faham erti kata Puan Mama… 
_____________________________________________________________________________

 “Aku tak nampaaaakkkk….” Ujar Adik Tinggi… Sang Pencari Redha Allah hanya menggeleng kepala…
Kami melangkah ke kereta setelah usai membayar lauk bungkus untuk makan malam di rumah.. Azan Mahgrib berkumandang… dalam sahut panggilan itu, sepasang remaja boleh sengih-sengih menuju ke kedai makan itu..
Aiihhhh… Tak menyempat tunggu solat Mahgrib dulu ke bro?
______________________________________________________________________________

Sang Pencari Redha Allah tengok kaum-kaum Adam rileks je berkeliaran luar masjid untuk urusan dunia masing-masing waktu solat Jumaat sekarang ni…
“Sekarang ni solat Jumaat dorang wat slumber je tak pergi, seolah-olah merasa hebat buat larangan Allah… puasa nanti, tengoklah.. slumber je makan ngan minum waktu siang hari…”
______________________________________________________________________________

Yelah… nanti dah masuk Ramadhan… topeng setan kena cabut gantikan pula dengan topeng 'enta-enti'… marilah berpesta! Berpesta habisan habisan buat maksiat… nanti sebulan kena tahan… mungkin itu yang bermain dalam fikiran rata-rata masyarakat kita…

Sejak balik ke Tanah Malaya awal bulan ni, makin pening tengok masyarakat sekeliling… Makin terselah  ‘keberanian’ mereka mereka melaksanakan amar mungkar secara berjemaah… heh?
Padahal Ramadan, Si Kekasih Setia sudah mahu kunjung tiba… betapa tegarnya kita melukakan hati ‘kekasih hati’ kita? Beradabkah kita kepada Yang Maha Pencipta?
Tidak sedarkah bahawa bulan Ramadan itu bulan cinta? YA! Bulan Cinta!

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan mata selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Jadi, pandangan mana yang menjadi pilihan kita?


Hati ini tidak merasakan manisnya cinta kepada Ramadan sebab tidak kenal, tidak tahu apa lebihnya yang ada pada Ramadan yang tiada pada bulan yang lain.. tak kenal maka tak cinta… itu lumrahnya..

Bagi yang tidak faham, tidak tahu (cakap jahil nanti, ngamuk plak kan) Ramadan hanyalah fasa masa sementara menunggu hari raya untuk mengumpul duit raya, melaram pakaian baru dengan fesyen terkini, mencuba pelbagai masakan mengisi tong… tatkala takbir bergema yang kita peroleh hanyalah lapar dan dahaga selama sebulan… dosa-dosa yang terdahulu masih lagi kita kendong… amatlah rugi sekiranya dosa-dosa kita tidak diampunkan sedangkan Ramadan telah meninggalkan kita…

Malangnya, mood ‘dating’ bersama Ramadan seakan-akan telah ditenggelamkan jauh ke dasar laut lagaknya dek kerakusan nafsu menyambut hari raya yang telah jauh terpesong! Sang Pencari Redha Allah tidaklah mengatakan yang salah untuk menyambut hari raya itu… Kita memang menyambut Aidilfitri itu sebagai kemenangan kita sebagai hamba-Nya kembali kepada fitrah kita.. Dah kalau macam tu, layakkah mereka-mereka yang tidak kembali kepada fitrah menyambut hari kemenangan ini? Mereka mereka itu pula yang berlebih-lebihan… heh?






Banyak nak diluahkan tapi tak tahu bait-bait kata mana yang nak dinukilkan… 
minta maaf sangat sebab post ni memang tak habis cakap...

Thursday 16 June 2011

TAWAKAL

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



today is 14 Rajab 1432H!!!







Hadith narrated from Imam Misa'i

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ! بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِى كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَين

By Thy Grace, I ask for help, fix my task for me as a whole, do not YOU leave me to myself even though overnight..






all the best final exam!







Saturday 14 May 2011

makrifatullah 2

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

dah listkan 99 Asma ul-Husna? Alhamdulillah... Sang Pencari Redha Allah harap kita bersama-sama tahu, faham, hafal dan hayati nama-nama Allah... insya-Allah... (:

Satu cara nak kenal Allah, kita kenalah kenal nama-nama Allah... yelah... korang kalau nak kenal kawan baru pun mestilah kena tau nama dulu kan? pelik kot kalau dah kawan bertahun tahun tapi nama kawan kita tak tahu... logikkan? Kalau kita betul betul kenal, tahu dan hayati nama-nama Allah.. insya-Allah kita tak kan rasa susah..

Hadis Sahih Bukhari, no. 1256, 1989
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; “Allah mempunyai 99 nama yang bagus. Barangsiapa yang menghafalnya, akan masuk syurga. Allah menyukai nombor ganjil”.

Sang Pencari Redha Allah nak share satu nama Allah... 

Ar-Rahim...

haaa... time secondary school dulu kan ada belajar sukatan ni... meh nak tanya... apa bezanya Ar-Rahim ni dengan Ar-Rahman?
ingat tak deeeerrrr? tak ingat? samalah kita... Sang Pencari Redha Allah semasa diajukan soalan ni pun terdiam... dah tak ingat... astaghfirullah... tengoklah… kita nak Allah dengar dan makbulkan permintaan kita tapi kita tak hiraukan Dia… mana mungkin?

Baiklah…

Ar-Rahim bermaksud Yang Penyayang atau Yang Mengasihani
Ar-Rahman bermaksud Yang Pemurah

Ketahuilah anda anda… Ar-Rahman itu juga Allah kurniakan kepada awam… semua… termasuklah kafir… ya… untuk kita sebagai Muslim dan Muslimah sudah semestinya…

Tetapi apa pula ada pada Ar-Rahim yang nak Sang Pencari Redha Allah kongsikan ni? Ar-Rahim itu Allah khususkan hanya untuk kita sahaja! Ya! Untuk Muslim dan Muslimat sahaja! Allah lebihkan sesiapa sahaja yang mengesakan-Nya… Ar-Rahim, Allah bagi peluang kepada kita untuk berasa selalu GEMBIRA menyembah Allah… disebabkan kasihnya Allah kepada kita… sehinggakan tempat membesarnya kita pun Dia namakan rahim… tempat yang paling selesa dan selamat doe! Dari alam rahim lagi~

Allah mempunyai 100 bahagian rahmat tapi Allah hanya turunkan 1 bahagian je rahmat-Nya ke dunia ni.. beb! 1 bahagian je rahmat-Nya kat dunia ni… tapi macam macam nikmat dan kasih sayang yang kita rasakan… boleh korang listkan… listkan cepat.. tak terhitung! Itu baru 1 bahagiandaripada 100 bahagian rahmat-Nya! Boleh bayangkan tak kalau Allah turunkan 2 bahagian daripada rahmat-Nya? Pergh! Mesti lagi masyuk~~ 1 bahagian itu pun dah meliputi langit dan bumi… ada hikmah kenapa Allah hanya turunkan 1 bahagian rahmat sahaja… 99 bahagian rahmat yang berbaki lagi itu Allah simpankan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi nanti… tiada hamba-Nya yang masuk ke syurga atas amal solehnya melainkan kerana rahmat Allah semata-mata! Sebab itulah kita kena imani dan berkehendakkan rahmat Allah itu.. kalau lah pun kita hidup 1000 tahun hanya beribadat siang dan malam tetapi tak dapat redha Allah… kita tak dapat masuk ke syurga-Nya…

الله ارحم بكم من الاءم الشفىقة بولدها

Allah lebih penyayang daripada seorang ibu yang penyayang kepada anaknya

Pertukaran siang dan malam yang amat teratur itu juga salah satu contoh rahmat Allah untuk kita… bayangkan lah siang bertukar ke malam dengan keadaan sudden, tetiba… tak perlahan lahan seperti yang sepatutnya? Can you imagine that? Sedang Sang Pencari Redha Allah girang gumbira berjalan kaki pulang dari kuliah pada petang hari tiba-tiba hari jadi gelap.. tiba-tiba je dah bertukar jadi malam… tak ke haru? Bercelaru hidup macam tu weyh~

Kalau ada orang tanya Sang Pencari Redha Allah.. Macam mana pula dikatakan musibah itu satu rahmat? Ahah! Sang Pencari Redha Allah akan dengan macho lagi kacak bergaya menjawab persoalan ini… woha! Allah berfirman.. takkan berkumpul 2 kebaikan pada seorang hamba-Ku.. Allah datangkan musibah kepada kita, hamba-hamba-Nya supaya nak kita sedar bahawa hidup kat dunia ini tiada apa-apa pun… nak kita aim, fokus pada matlamat yang hakiki iaitu kehidupan akhirat yang perlu kita capai itu… satu rahmat Allah lah tu kawan… itu tandanya Dia selalu ingatkan kita betulkan tujuan kita hidup… Dia tak biarkan kita hanyut dan lalai lalu akhirnya menempah tiket VVIP ke neraka jahanam! Naudzubillah min dzalik!!!

Sang Pencari Redha Allah hanya kongsi satu nama Allah ni. Banyak lagi yang Sang Pencari Redha Allah tak tahu… mana tahu anda anda pula nak share dengan Sang Pencari Redha Allah? I’m waiting!!! (=

Insya-Allah selepas ni anda anda akan memulakan misi mencintai Allah… jadinya kita mestilah nak tahu parameter nya adakah kita ni sudah mencintai Allah… adakah Allah itu ada dalam hati kita….

Baiklah Sang Pencari Redha Allah berkongsi di sini tanda-tanda kita menyintai Allah…

Tanda-tanda Cinta

1.     Magnet cinta
2.     Mengutamakan apa yang disukai Allah
3.     Banyaknya berzikir
4.     Keseronokan
5.     Tidak berasa sedih jika hilang sesuatu dari dunia
6.     Tidak berasa sakit terhadap cercaan
7.     Tidak tertarik cinta selain Allah

Selepas dah bermula bibit cinta agung ni… nikmatilah… by the way… Sang Pencari Redha Allah nak bagi tugas sikit… nak anda anda buka terjemahan Al-Quran akan bukti hasil kita mencintai Allah… walla weyh! Allah dah cakap awal awal dalam Al-Quran tahu? Jom usha~

Hasil mencintai Allah

1.     Aman
Surah Al-An’am ayat 82 (6:82)

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

2.     Tenang
Surah Ar-Ra’d ayat 28 (13:28)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

3.     Keberkatan
Surah Al-A’raf ayat 96 (7:96)

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

4.     Kehidupan yang baik
Surah An-Nahl ayat 97 (16:97)

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

5.     Mardhatillah (redha Allah)
Surah Al-Bayyinah ayat 8 (98:8)

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

6.     Syurga dan melihat Allah!
Surah Yunus ayat 25-26 (10:25-26)

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta
satu tambahan yang mulia (kenikmatan melihat Allah) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.



Ahah! Sesungguhnya Sang Pencari Redha Allah telah excited! Anda anda tak rasa apa-apa? Mmm… itu masalah besar tu… check balik dalam diri… there must be something wrong somewhere!!!



MARILAH MENGENAL ALLAH DAN MEREBUT CINTA-NYA!





*Tambahan untuk sahabat sahabat Sang Pencari Redha Allah
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu’min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari’ - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Ma! ha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi’ - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu’akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-’Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-’Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra’uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikra! m - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar


Sunday 8 May 2011

makrifatullah

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


okey lah... Sang Pencari Redha Allah dalam mood jatuh dalam cinta aka fall in love.. ahah! adakah mata anda dah bulat terbelalak? errr... mulut tu tolong rapatkan balik ye... musim panas camni... lalat banyak... sistem saraf anda telah menjana stimulasi luaran yang tak dijangka... otak plak duk susah payah mencerna input... tak payah la duk fikir yang anda anda terlintas fikirkan tu.. salah... semua itu salah... Sang Pencari Redha Allah seorang ni sedar aih mati tak tahu bila... dibuatnya sedang asyik melayan perasaan terbuai buai angan-angan.. tap tup tap... malaikat maut datang... apa Sang Pencari Redha Allah nak jawab masa itu? mahu nganga sahajakah? ngangalah kamu sampai malaikat Zabaniah heret nanti... woha!


Anda anda yang Sang Pencari Redha Allah selalu fikirkan di luar sana... (memang lah kat luar... takkan korang dalam desktop ni plak kan?)...
Anda anda,
Cinta yang difikirkan, yang kita dimogokkan selama ini, yang dihebahkan, yang dikomer-sial-kan sana sini...
Cinta itu tidak halal... rindu yang kamu tanggung itu pun tidak membawa erti... kena soal nanti... nak jawab apa? Sang Pencari Redha Allah yang muda remaja ini pun mahu sahaja berkongsi kasih dan sayang... mahu sahaja mencintai dan dicintai... yelah kan... darah muda beb... getaran rasa di jiwa siot... rasa yang Allah kurniakan itu memang fitrah manusia dan kita sebagai manusia biasa memang tak kan terlepas dari rasa yang timbul itu...


Oleh itu, Sang Pencari Redha Allah telah menjumpai jalan terbaik... sememangnya cinta itu halal jika disalurkan dalam kehidupan berumahtangga (pintu dengan tingkap design nanti yea?) yang sah... itu jalan terbaik... tapi sedarlah anda anda di luar sana... makan minum pun mak ayah tanggung lagi... ada hati nak tanggung anak orang... kalau ada rezeki lebih, ada pendapatan sendiri pun... tanggungjawab... tanggungjawab dah sediakah mahu pikul?  itulah sebabnya... fikir elok elok yea? panjang lah plak kan mukadimah... Sang Pencari Redha Allah sarankan marilah kita semua umat sekalian... marilah bercinta dengan Pencipta kita! kerana cinta Allah tidak pernah mengecewakan... Sang Pencari Redha Allah dah lali  lah nak cakap pasal lambakan cerita-cerita cinta 'terhalang' tak tahu mana arah tuju dalam kalangan manusia sekarang baik yang muda mahupun tua, baik yang belum kahwin mahupun yang dah ada cicit... betul tak gua cakap?


Marilah kita kenal Pencipta kita... untuk apa? untuk kita bercinta dengan-Nya... yelah.. tak kan la anda anda ajak pasangan  anda itu bersama-sama dulu kalau tak kenal mereka kan? macam itu jugalah caranya jika kita mahu bercinta dengan Yang Maha Esa ini... (=


Persoalan yang berlegar legar di benak pemikiran Sang Pencari Redha Allah adalah sejauh manakah kita dah kenal Kekasih Agung kita ni? Sang Pencari Redha Allah sangat yakin... pabila kita semakin kenal dengan Dia sedalam dalamnya... sedalam Lautan Pasifik... nescaya kekasih dampingan anda anda yang anda sanjung itu akan anda lontarkan jauh ibarat melontar peluru di sekolah menengah suatu ketika dulu.. pasti punya lah... kerana Kekasih Yang Esa ini semua sifatnya MAHA...


sebelum itu... Sang Pencari Redha Allah nak share satu video ni... tengok dulu ye...






Ibnu Qayyim ada mengatakan bahawa pengenalan telus dan tulus dengan Allah ta'ala akan membawa kepada tujuh perkara...
1. Malu
2. Cinta
3. Keterikatan Hati
4. Rindu
5. Taubat
6. Dekat
7. Pergantungan hanya kepada-Nya


Untuk memberi anda anda kefahaman yang mendalam... Sang Pencari Redha Allah dengan sukacita nya ingin berkongsi huraian yang terbit dari hati ini...


Apabila kita telah kenal Allah dengan sebetul-betulnya, setepat-tepatnya.... pengenalan itu akan mengundang rasa malu... malu untuk apa? kita akan berasa malu untuk melakukan dosa dan maksiat... lama kelamaan rasa malu itu akan menyebabkan terbitnya rasa cinta dalam hati setiap hamba yang betul betul mahu mengenali-Nya... ya... rasa cinta yang tak dapat aku gambarkan... cinta yang menuntut pengorbanan yang tinggi, kian menghambat keperitan di setiap nafas.. pahitnya dalam mencapai cinta itu akan menjalin keterikatan hati yang mana akan membuat si kekasih hati yang sini akan selalu memikirkan pandangan dan redha Kekasih Agungnya yang di sana dalam setiap langkah dan perbuatan... keterikatan hati ini lantas membuahkan rindu yang amat asyik... yang menenggelamkan si pencinta dalam lautan rindu yang nyata... rindu yang maha memabukkan ini akan sentiasa mengetuk diri mahu menjadi kekasih yang terbaik yang selalu disenangi Kekasih Agung Yang Esa... lalu akan melahirkan kesungguhan taubat setiap hela nafas, setiap denyutan nadi... perasaan selalu berasa dekat akan berputik dari selalunya mahu bertaubat tadi... masakan kita nak bertaubat, meminta bermacam macam permintaan tapi kita nak lari?? berasa selalunya dekat itu akan menyebabkan kita menyerahkan seluruh pergantungan kepada-Nya sepenuhnya... total hanya Allah... Ya Rabb!!!


agak terlalu puitis mungkin tetapi itulah yang Sang Pencari Redha Allah merasakan...
kiriman ini setakat sini sahaja... insya-Allah Sang Pencari Redha Allah akan menaip sambungan kiriman ini lain masa yea? insya-Allah~


sementara tunggu kiriman akan datang... hayati 99 nama-nama Allah... (:







"jaga hati... jaga iman!" kata Sang Pencari Redha Allah kepada diri sendiri...