Tuesday 12 June 2012

Sebab aku rindu kau


Aku pandang kiri kanan, serba tak kena perasaan aku.. Ke aku je yang perasan? Duduk menyilang tak kena, duduk bersila berdebar. Apa jadi?

Kau ingat lagi tak dulu? Kau bagitau aku, jangan risau, jangan takut. Kau takkan pernah tinggalkan aku. Kita tetap akan kawan sampai mati, janji kau pada aku. Dan kau pesan pada aku selalu untuk tunggu kau. Memang lah amat konfliks waktu itu.

Sedih aku dulu pun sedih kau, gembira aku dulu pun gembira kau. Ingat lagi betapa kamceng nya kita sampaikan memalam buta pun still kita berjaga, berkongsi daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar rahsia!

Bila kenang balik, memang aku gembira tapi tipulah kalau tak sedih. Tersengih sorang-sorang. Aku gembira sebab diberikan peluang untuk singgah dalam hidup kau. Aku sedih sebab sekarang kita jadi macam tak pernah kenal. Dari sudut hati aku yang paling dalam, jujur aku akui, aku rindu!

Mungkin kau rasa waktu lampau dulu tu era ketidakmatangan but I take it seriously and see, I still waiting. Sampaikan ke Ummu Dunya pun aku ‘terbawa-bawa’ kau. Maafkan aku!

Mungkin juga kau rasa aku kebudak-budakan dan tak masuk akal semua ini. Mungkin juga kau akan bertanggapan aku terlebih emosi dan jauh sekali rasional. Mungkin juga kau merasa terganggu malahan mahu saja kau tamatkan semua ini. Apa mungkin kau beri kata putus?

Aku tidak mengundang dan sedaya upaya melarikan diri tapi kau tetap nak datang dalam alam mimpi. Apesal weyh? Ternanti-nanti juga aku, kau menegur tapi bisu sebisu-bisunya kau. Mati akal aku.
Mungkin juga bila kita bertemu nanti, kau akan lihat aku atas ke bawah, bawah ke atas. Tapi percayalah sahabat, aku tetap aku!

Pengakuan berani hidup aku di sini, aku doa kita ada jodoh! Aman! Aku serahkan kau dalam jagaan Dia (: Sekiranya kau sudah ada jawapan yang muktamad lagi pasti, sila maklumkan pada aku. Sekurang-kurangnya kita jelas.






Dan sungguh dengan penuh kesungguhannya aku berharap, suatu hari nanti, hari keramatnya nanti, semudah ini aku dengan penuh kacak mengangkat tangan dan seru untuk panggil dapatkan kau sebab aku rindu…















“Mamak! Teh tarik kurang manis satu!” ;)





Amaran cerebrum: ini post tersirat dari yang tersurat. Ada anda kisah? Tapi aku memang minta maaf sebab tak beri manfaat langsung dan terlebih emosi di sini. Hoho.. Terima kasih!




Nota kaki: Bila aku baca balik apa aku tulis ni, aku pun rasa pelik kenapa jiwang sangat dengan teh tarik!

Monday 11 June 2012

jom menambah perasa!



Pesanan khidmat masyarakat: Ini bukanlah post resepi masakan mahupun iklan aji naik moto. Amat jauh sekali post tentang hidangan turun temurun keluarga! Eh.

Al-kisahnya, aku transit selama hampir lapan jam di bumi Qatar sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Melayu keesokkan harinya. Ya! Semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa itu aku tak tidur, hanya tersenyum melihat teman-teman se-musafir-an tidur melata. Ok, hiperbebola ikan di situ.

Masa dalam boarding sebelum terbang ke Tanah Melayu lagi, aku dah macam terlebih ‘gula’. Dah jumpa seat, Alhamdulillah, Auntie Malaysian Indian dah sedia duduk kat seat sebelah. Lega… Lepas say “Hi!”, aku pun duduk lah sambil menselesakan diri. Maklumlah masih tak percaya dah dalam perjalanan pulang ke Tanah Melayu weyh!

Dah duduk dengan penuh sopan santunnya, aku ditegur Auntie sebelah ni. Aku pun sebenarnya nak sembang lah konon-kononnya, tapi sumpah aku tak tau nak start macam mana! Takkan aku tiba-tiba nak tanya, “Auntie, where are you going?”. Abuden la sangat kan dah memang jelas terang tang tang tengah duduk dalam perut kapal terbang ke Tanah Melayu!

Auntie tu tanya macam-macam. Belajar ape lah. Duduk mana lah. Pasal hijab lah. Cerita pasal kahwin lah (ok, ni sumpah aku tak tahu kenapa isu ni mesti timbul ). Tanya siapa jemputlah nanti and sooooo oonnnn. Lepas dia dah bertanya macam-macam (rasa macam kena temu ramah lah plak kan?), aku senyap je.

Tak lama lepas tu, Auntie tu tanya, kenapa dia tak nampak aku masa transit kat airport. Pulak dah.. betapa ramai manusia yang kehulur kehilir, dah tak kenal, macam mana nak perasan kan? Aku pun senyum je. Dia pun mula cerita dia dari mana dan buat apa. Menurut dia, dia jalan-jalan bercuti. Naik kapal mewah dari Penang dan singgah-singgah di banyak-banyak tempat. Aku pun buat muka comel, dengar satu persatu. Konon harap dapat buah tangan ape? Adeh~

Lepas dah habis cerita, dia cakap dia dulu nurse tapi sekarang dah retired. Hampir 40 tahun kerja kerajaan, lepas resign dia sambung kerja kat private hospital selam a 20 tahun lagi. Aku terpaksa menahan rahang aku daripada jatuh. Malangnya, aku tak dapat control air muka aku daripada terkejut. Auntie tu gelak-gelak.

Dia ada pesan, suruh belajar elok-elok. Dia hanya ada seorang anak lelaki, tengah study medic gak. Oh, tidak! Ini bukan cerita kenen-kenen ok? Dia cakap memang nurse belajar gak Anatomi, Fisiologi dan lain-lain. Tapi bila dia tangok dan baca kitab-kitab berkilo-kilo anak dia, dia amat terkejut sebab dia cakap, “Kami, nurse belajar basic sangat dengan apa yang you all, medical students study. So, you must study hard, EVEN HARDER!”. Siap dengan muka serius lagi Auntie tu. Yup! Aku memang amat berterima kasih dengan peringatan dan nasihat tu. Tapi dalam masa yang sama, hati aku terdetik. “Aku belum jejak Tanah Melayu lagi, belum cuti lagi!” Aku pun senyum je.

Ok, Auntie yang duduk sebelah aku hampir sembilan jam atas awang-awangan ni memang menambah perasa, perisa the cuakness aku menunggu result!



Nota kaki: Najitah (keputusan) apa pun, itu kerja Allah! Serahkan pada Dia. Kerja aku adalah berusaha! Usaha dengan tidak putus-putus berdoa dan tawakal! Apasal plak aku nak fikir-fikir kerja Allah?

Nota kaki II: Mohon sangat doa kalian, semoga denga keputusan itu nanti dapat aku menyumbang untuk Islam dan ummah! Jay Zek Zek Kay!

Thursday 7 June 2012

lagi mahu tanya, nak harap siapa






Memang banyak yang terbuku di hati
Dah taip banyak-banyak
Rasa lain
Padam.. Padam…
Hanya ada lembaran kosong
Aku sendiri tak dapat nak terjemah apa yang aku rasa
Aku pandang langit
Adakah yang lain pun begitu?
Aku soal kembali diri
Apa yang tak kena?
Bisu zillion bahasa
Apa mungkin?




"And HE found you lost, and guide you." ad-Dhuha