Saturday, 17 December 2011

main terjun even dengan mixed feelings?

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful




Alhamdulillah, masih lagi hidup atas muka bumi ni untuk mencari redha-Nya, insya-Allah!


Kebelakangan ini ujian datang dalam lingkup kehidupan seperti teman karib yang selalu ada untuk satu sama lain. ya! amat lah pahit dan sakit hadapi satu persatunya.
Moga ujian-ujian ni menjadi tanda bahawa Allah selalu bersama Mardhatilllah Seeker! *aman*


hujung minggu kali ini dihabiskan dengan kami beramai-ramai turun ke Mak Negara di Tengah Timur ni. adalah yang MS buat kat sana. huhu~ sejurus selepas habis urusan dan bersolat Maghrib, MS bersiap-siap mahu pulang ke tanah pinggiran petani ini pula. tengah-tengah bersiap itu, telefon bimbit MS bergetar (baca: vibrate) dan muncullah nama insan yang amat MS cintai! Puan Mama menelefon MS setelah sekian lama kami tidak berbual panjang seperti tahun lepas. agak berdebar unuk jawab dengan keadaan masa itu. amat kompleks di sini untuk diterangkan!  tapi rindu punya pasal, MS pun jawab dan bersembang kejap. MS hanya manusia biasa yang penuh khilaf. tak tahu mana silapnya, Puan Mama seperti agak mmmm tak tahu nak describe macam mana. Inchik Ayah juga MS rasakan sebegitu. Allah! waktu itu rasa macam kena hempap dengan Gunung Sinai je! dan Puan Mama mengulang-ulang ayat yang sama dan kata-kata itu seakan-akan mengambil semangat yang menggungung tingginya langit yang aku dapat sepanjang berada di Mak Negara di Tenga Timur ini lantas meremuk kan semangat itu. dirobek lalu dicarik-carik pula sehinggalah yang tinggal hanya MS yang terpana! Lalu MS hanya ucapan kata cinta dan rindu buat Puan Mama dan Inchik Papa di akhir perbualan. telanlah rasa yang remuk tu. bersalam-salaman dengan Tuan Punya Rumah dan tetamu lainnya sebelum bertolak pulang dengan senyuman yang plastik.. sebenarnya cuba untuk senyum dengan ikhlas bagi sembunyikan perasaan masa tu


dalam perjalanan ke Macam Nama Firaun ramsis  MS dan yang lain menaiki bas.. da nak dekat sampai tu, MS dapat duduk di kerusi kosong bersama-sama Ukhti Orang Cakap Sama Muka dan telah meluahkan rasa waktu itu. adeh... hilang macho MS, empangan pecah dalam bas. sedang cakap-cakap tu, pak cik bas suruh turun padahal belum sampai. ramai yang protes. tengah bas nak bergerak semula dan MS masih lagi meluahkan rasa, MS nampak kelibat Ukhti Tudung Biru kat luar! seorang plak tu! untuk makluman, waktu tu dah malam ok? MS pandang ukhti-ukhti yang lain yang duduk di seats depan berdekatan tempat Ukhti Tudung Biru duduk sebelum ni. semuanya terpinga!


Tanpa berfikir panjang, MS bangun dan pergi ke pintu tengah bas sebab nak jenguk tengik Ukhti Tudung Biru kat luar dan ambil keputusan untuk turun dari bas. Mula-mula bas tu gerak slow je, ngam-ngam masa MS nak turun bas jadi laju kan? MS tawakal dan terus terjun... huuuuu~
sedar-sedar, MS dah dekat bahagian kecemasan hospital. eh. bukan-bukan.
sedar-sedar, tengok-tengok bangsa Besar semua tengah tengok MS. ok. MS terbaring di tepi jalan Nama Macam Firaun tu! terus lah MS bangun. control macho wat macam tak jadi apa-apa. hehe~ korang nak gelak ke nak ngata ke, suka hatilah... kau mampu ke?  Ukhti Tudung Biru nampak semua tu dan terkejut lalu datang peluk MS. nasib baik tak cedera mana-mana. nak tahu sebab apa? sebab Allah tolonglah. MS pakai beg pack travel yang besar sampaikan Ukhti Suara Kecil cakap MS kura-kura yang diselamatkan oleh cengkerang.. =_______=" MS bukan sengaja nak terjun, cuma memikirkan macam mana Ukhti Tudung Biru tinggal jalan berseorangan malam-malam ni? kan? 


Dalam termco (van) yang kami ambil untuk pulang ke tanah pinggiran petani ni, MS duduk sebelah Ukhti Kugelar Mak dan waktu tu memang luahkan habis-habisan!!! jazakillah sayang sebab sanggup tunggu MS habis celoteh baru mula makan. (=  ukhti yang lain juga sama; jazakumullah khairan khateeran!! tana kalian siapalah MS!


sampai ke tanah pinggiran, ada gak kes MS buat tapi biarlah. lawak malam hari. sampai dekat (belum sampai di, ok?) rumah, Ukhti Kugelar Mak sanggup luang masa teman MS makan padahal MS tahu dia sudah amat letih. *terharu*






Alhamdulillah! nikmat ukhuwah kerana-Nya yang Allah beri... (^_____^)
ada banyak lagi nak kongsikan kat sini. tapi masa amatlah padat! lain kali yea?





balik rumah penat-penat... tengok limau berkulat.. aisshhh.... cam rumah tak ada penghuni... *tambah sedih* 

Thursday, 17 November 2011

patah hati?

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani


Pagi tadi keluar atas urusan penting... 
Alhamdulillah si ukhti sayang sanggup menemani walaupun tak berapa sihat sebenarnya... 
Alhamdulillah! jazakillah khair wa khateeran! =D

Hati dan minda sebenarnya tidak seceria muka... 
ibaratnya patah hati pada sekeliling?
 memang rasa tak tenang.. mencari-cari kenapa jadi macam ni...

Tapi pabila telah melalui ke sana ke mari atas urusan itu... 
melihat dan memikirkan apa yang telah berlaku dalam jangka masa yang sekejap itu... 
Mardhatillah Seeker menjadi terharu atas 'pujukan'-Nya... 
pujukan yang mampu menenangkan hati ini... 
MS terpana seketika memikirkan di rumah...

untuk makluman, MS menuntut di Tanah Arab yang sememangnya anda tahu kasar la, suka marah2 la and so on, so on... 
memandangkan mood MS pun tak ok, MS pun macam redha kalau kena lalui macam2 kesusahan dalam nak wat urusan itu...

but, Allah knows better... 
first taxi je, ammu tu baik sangat.. even dia pick kami di tengah jalan... haha... masuk2 je dalam teksi, dia suruh selawat... 
memang terkena rasanya MS sebab rasanya dalam sedar dari rumah sampailah ke jalan menahan teksi, tak ada selawat langsung pun! 
memang malu sangat rasanya!  
tengah dia dah drive ke tempat A, dia boleh pula drive sebelah-menyebelah (faham kan?) ngan teksi lain, then guess what?
 DIA PUN SURUH AMMU TEKSI TU SELAWAT! 
subhanallah! 
dia betul2 semangat untuk mengingatkan orang sekeliling dia mengingati Nabi pembawa rahmat sekalian alam itu.. 
dia tak kisah pun kalau orang lain nak pandang slack ke ape ke kat die...
refleks diri balik... malu... malu...belum sampai tahap itu dalam kerja DnT ni! 

di tempat A pula, urusan tak dapat diselesaikan.. fikiran dan perasaan semakin serabut...
 memang rasa down tapi usaha juga pergi ke merata-rata...
 malangnya, tak berjaya juga... 
jadi kami decide pergi ke tempat B pula... tahan teksi... ammu teksi pun baik gak... 
memang sepertinya Allah permudahkan! 
tak ada asap rokok, tak ada marah2 minta duit lebih tanpa sebab munasarawak... 

tapi, Allah dah tetapkan mission incomplete.. 
di tempat B pun tak dapat diselesaikan... 
pulanglah kami ke rumah dengan menahan teksi... 
tapi ammu teksi tu ikut jalan jauh... 
tapi kami tak kisah sebabnya die pasang ngaji dan memang rasa tenang sangat... 
siap dia pun ngaji sekali tahu? 
sampai je ke destinasi, MS keluar dulu dari teksi, si ukhti sayang yang pass duit ke ammu teksi... 
on the way balik rumah, si ukhti sayang cakap ammu teksi tu minta 1 EGP lagi tapi si ukhti sayang tak rasa keberatan nak bayar pun sebab cara dia minta baik je dan memang jauh pun jalannya daripada biasa...

apa-apa pun, 
Alhamdulillah! 



Apa yang MS cuba kongsikan marilah kita lihat dari kaca mata hati dan kembali pada Allah...
ketahuilah segala yang berlaku di sekeliling kita ni, ada sebabnya, ada hikmahnya, ada pengajaran yang Allah nak kita dapat... 
kita sedih sebelumnya... 
selepas itu Dia permudahkan urusan kita pula... 





Doakan Mardhatillah Seeker diberi kesabaran dan kekuatan dalam mencari erti hidup ok?



Friday, 26 August 2011

berebut produk perut?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Kalau dihidangkan perut lembu.. jadikan kerabu perut lembu buat lauk berbuka rasanya berbaloi gak. Betul tak? Tapi menu ini bukan lah topik yang nak dibentangkan Mardhatillah Seeker sekarang.
Mari renungkan satu kisah ni..

Si Langau terbang bebas bersiar-siar pada suatu pagi yang hening. Seperti biasa ia terbang mencari rezeki. Sedang asyik menikmati keindahan matahari terbit sambil terbang ke destinasi kesukaan, ia terhidu sesuatu yang menakjubkan. Maklumlah awal-awal pagi ni ‘rezeki-rezeki’nya murah, tambah-tambah ia terbang berdekatan dengan ladang penternakan lembu Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya. Lalu tanpa membuang masa Si Langau terus terbang laju meluncur udara ibarat jet pejuang Air Force ke arah rezeki panasnya yang mengeluarkan aroma yang amat asyik sekali baginya.

Sedang Si Langau menambah kelajuan maksimanya, ia melihat Si Lalat pula yang telah berada di hadapannya, turut menuju ke a rah yang sama. Kehadiran mengejut Si Lalat membuatkan Si Langau berasa amat marah! Si Langau pun memintas Si Lalat dan merempuhnya di angkasa raya.

“Aduh! Apa yang kau buat ni Si Langau? Butakah?” Jerit Si Lalat kesakitan dan terkejut dengan tindakan Si Langau.

“Ah, kau yang bersalah! Dasar keturunan lalat! Tak boleh tengok aku senang!” Bentak Si Langau.

Si Lalat yang bingung berkata, “Apa kau cakap ni? Aku pantang betul sebut-sebut keturunan ni.”

“Si Lalat! Kau jangan nak ubah cerita! Aku yang nampak ‘produk perut’ itu dulu! Milik aku la jadinya!” jerkah Si Langau.

“Tidak! Aku yang terbang ke arahnya dulu. Kau lambat lah Si Langau. Ia milik aku serta sekutuku!” Balas Si Lalat.

“Aku yang punya!” Si Langau tetap pertahankan kata.

“Milik aku lah!” Si Lalat tidak mahu mengalah.

Mereka berterusan bertekak. Berbalas kata, pertahankan kononnya hak kepunyaan masing-masing. Keadaan itu terus berlarutan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Si Langau tetap dengan katanya, Si Lalat pula tetap dengan ujarnya.

Sedang berlawan air liur, menjerit-jerit antara satu sama lain, datang Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya dengan but kuning ala-ala Phua Chu Kang mengutip ‘produk perut’ rebutan hati jantung jiwa dan bakul Si Langau dan Si Lalat tersebut. Si Langau dan Si Lalat kaget dan terkedu.

“Alhamdulillah. Uish! Panas lagi ni. Haha… Boleh buat baja ni. Jimat kos.” Ujar Pak Cik Senyum Terserlah Gusinya sambil mengumpulkan ‘produk perut’ rebutan kedua-dua makhluk itu tadi ke dalam tong yang ditariknya.

Akhirnya, Si Langau dan Si Lalat hanya berpandangan satu sama lain dengan perasaan yang amat kecewa yang tak mampu digambarkan di sini.

Korang tahu apa yang Si Langau dan Si Lalat rebutkan sampai bertekak sakan, bertegang urat leher? Hah! Korang semua pandai-pandai.. bijak-bijak belaka… mestilah tahu kan…. Si Langau dan Si Lalat berebutkan hak milik atas TAHI LEMBU tahu? Betapa kta tengok tak ada faedah nya lah nak rebut yang itu. Macam tak ada pilihan lain lah pula. Geleng kepala sambil buat muka terkilan.

Mardhatillah Seeker di sini nak berpesan janganlah terdetik sikit pun  di hati nak jadi seperti Si Langau atau Si Lalat tu. Tetapi, ramai sangat umat manusia yang membuat keputusan yang lebih teruk lalu menjadi lebih seperti tidak berakal berbanding dengan Si Langau dan Si Lalat tadi.

Ibaratnya Si Langau dan Si Lalat tadi ialah kaum Hawa dan Tahi Lembu rebutan itu pula ialah kaum Adam. Jangan panas punggung pula. Rileks. Baca sampai habis dulu. Ini bukan gender bias. Ini sememangnya terjadi dalam realiti kehidupan masyarakat sekeliling kita kini. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Bertindak lebih teruk daripada binatang seakan-akan mereka boleh jamin diri masing-masing pasti miliki hari yang mendatang. Semata-mata kerana lelaki yang seorang, perempuan sanggup saling menjatuhkan maruah dan martabat mereka merebut tempat di sisi lelaki itu. Kalau diperhatikan pula, lelaki yang direbutkan itu tidaklah pula termasuk dalam senarai para pemuda yang Allah ta’ala mahukan! Rokok setia di antara jari telunjuk dan jari tengahnya, asap tak habis-habis berkepul keluar dari hidung dan mulutnya, kepala lutut pun ditayang sana sini, ilmu ditanya tidak tau apa, apatah lagi kalau soal bab agama. Itu yang direbutnya? Geleng kepala dengan muka reaksi nak muntah. Sebab itulah Mardhatillah Seeker samakan dengan Tahi Lembu. Ada paham?

Sebab si perempuan pula Mardhatillah Seeker samakan dengan langau dan lalat, faham-faham lah keadaan mereka macam mana kan… Merewang sana sini tanpa tujuan, buat bising ketawa selayaknya pontianak tarik perhatian, tindak tanduk mahu ikut yang jahiliyyah saja… Mana nilai mereka yang agama Islam telah muliakan? Mana mereka humbankan?

Tidaklah  Mardhatillah Seeker katakan diri ini cukup sempurna tetapi terlalu tidak patut mereka berkelakuan seperti itu. Ia meruntun jiwa lebih parah daripada perasaan hiba tatkala melihat kanak-kanak Somalia di sana! Madhatillah Seeker baru saja saksikan ‘adegan drama’ percuma sebentar tadi. Sebab itulah Mardhatillah Seeker terlintas untuk katakan di sini. Sekarang hampir pukul 3.00 pagi waktu Tanah Melayu yang semakin melayu ini. Apalah yang Si Langau dan Si Lalat banggakan sangat merebut Tahi Lembu itu sampai terjerit-jerit, memekik-mekik antara satu sama lain waktu-waktu pagi buta ni depan khalayak tahi-tahi lembu yang lainnya? Mardhatillah Seeker yang melihat di sebalik jendela pun jadi pelik.Dahlah malam Jumaat, bulan Ramadhan minggu terakhir pula tu. Malaikat-malaikat yang Allah ta’ala perintahkan turun ke bumi pun makin bingung melihat makhluk-makhluk yang semakin menempa tiket percuma ke tempat kembali yang menyala-nyala dengan amat dahsyat itu. Sedih melihat mereka semakin tenggelam dalam gelombang dunia yang mereka ciptakan. Tetapi Allah ta’ala berulang-ulang kali mengingatkan dalam Al-Quran…

Maka barangkali engkau (Muhammad) akan mencelakakan dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).
(Surah Al-Kahf, 18 : 6)

Yakin bahawa janji Allah itu benar dan pasti. Kita menyampaikan dan terpulanglah kepada mereka membuat arah tuju layar kehidupan mereka.

Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa  (kecuali syirik) semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutlah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,
(Surah Az-Zumar, 39 : 53-55)

Mardhatillah Seeker terfikir… Apakah Ramadhan dirasakan tiada apa-apanya pada kehidupan masyarakat umum sekarang? Menjelang Ramadhan, adakah bazaar iftar sahaja yang menjadi topiknya? Tundukkan kepala menahan perasaan.




“Bila usaha seseorang itu hanya untuk perutnya, maka harga hidupnya sama seperti apa yang dikeluarkan dari perutnya itu.”




Selamat menghayati Ramadhan yang semakin meninggalkan kita. Berdoalah dan berharaplah kita semua akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan mendatang. Amin!







Friday, 19 August 2011

KFC, Pizza Hut, McDonald?


Matikah kita tanpa produk-produk itu?

“I cadang kita tempah KFC, McD atau Pizza Hut”, ujar Borhan. Sejak awal lagi, Borhan sering menyebut tentang KFC, McD dan Pizza Hut sebagai menu jamuan mereka.

“Kita kena buat special sikit. Kita tempah KFC, McD dan Pizza Hut, baru orang nampak grand. Senang pun senang, order aje lepas tu semua siap. Nak kemas pun senang”, kata Borhan menguatkan hujahnya.

“Ish, tak sesuailah makan fast food. Kita kan nak buat waktu tengah hari. Baik kita makan yang berat terus, lunch. Makanan Malaysia. Kos pun lebih murah daripada KFC, McD dan Pizza Hut,” tegas Ali. Dia memang tak suka makanan-makanan segera. Bukan sahaja membazir kerana harganya malah ia tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya amat berlebihan terutamanya aditif dan monosodium glutamate. Ia berisiko terhadap penyakit kerosakan gigi, sembelti, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan kanser usus besar.

“Borhan, kamu rela makan KFC, McD dan Pizza Hut? Tak bau darah rakyat Palestin ke dalam tu? Itu semua produk barangan Yahudi dan sekutunya tau. Kita beli produk mereka seolah-olah kita beri mereka peluru untuk tembak saudara kita sendiri di Palestin,”sambung Ali bersungguh-sungguh.

“Ala, janganlah fikir kolot. McD memang terang-terangan mengaku bagi sumbangan kat Israel,tapi KFC Malaysia tak ada kaitan dengan KFC Israel. Kan JCorp punya, pengarahnya orang Melayu kita”, tegas Borhan, berasa tercabar apabila makanan kegemarannya dikaitkan dengan Yahudi yang menghancurkan Palestin.

“Kalau logo sama, brand pun sama, apa lagi? Mesti ada kaitan. Kalau tak bayar kat Yahudi mesti dah lama kena samansebab guna brand mereka. Pengarah KFC sendiri mengaku JCorp bayar royalty penggunaan jenama pada Yahudi”.

“Alaaa, bayar sikit je. Setakat bagi 6% tu apalah sangat”, sangkal Borhan.

“Keuntungan KFC mencecah berbillion-billion ringgit tau. Nilai 6% yang kononnya kecil tu mencecah jutaan ringgit, tahu tak? 1 sen pun sepatutnya kita tak rela duit kita sampai ke sana. Lainlah kalau memang dah tak ada alternatif lain”, balas Ali.

“1 sen? Berkira sangatlah you ni”, ujar Borhan.

“Kalau macam tu, setakat mencuri 50 sen tak apalah ya? Kalau mencuri RM1000 baru jadi haram? Begitu? Curi tetap curi. Allah akan dakwa walau curi 1 sen sekalipun. Haram tetap haram,” balas Ali.

“Habis tu, rakyat Malaysia nanti nak makan apa kalau boikot KFC, McD dan Pizza Hut? Lagipun, beribu rakyat Malaysia kerja kat situ. Habislah periuk nasi mereka,” Borhan enggan mengalah.

“Astaghfirullah! KFC,McD dan Pizza Hut atau Tuhan yang beri sumber rezeki? Kenapa bergantung pada KFC,McD dan Pizza Hut, bukan kepada Allah? Banyak lagi alternatif lain. Nak atau tak nak je. Lagipun, mana lebih penting? Periuk nasi kita atau nyawa saudara kita?” Tegas Ali.

“Produk ayam goring Muslim pun semakin berkembang sekarang ni. Cuma promosinya belum meluas kerana ramai yang masih memilih untuk menyokong KFC, McD dan Pizza Hut,” sambung Ali.

“I tak adalah maksudkan Tuhan, tapi kalau kita tengok syarikat-syarikat ni bagus juga, banyak berjasa kepada ekonomi di Malaysia”, kata Borhan.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Tapi lagi bagus kalau KFC, McD dan Pizza Hut kat Malaysia bangunkan jenama sendiri. Bebas daripada Israel. Tak susah pun. Dan bila itu berlaku, saya mungkin jadi orang pertama yang akan pergi menyokong,” ujar Ali.

“Ya ke? Habis tu yang orang Islam masih ramai duk makan KFC, McD dan Pizza Hut tu macam mana? Bangga lagi tampal, tunjuk lambang Drive Thru masing-masing kat kereta,” kata Borhan berdalih.

“Masyarakat umum buat tak semestinya benda tu betul. Mereka mungkin tak tahu. Kenapa nak ikut mereka? Sepatutnya kita jadi contoh pada mereka,” jelas Ali.

“Alah! Kita beli sikit jelah. Takkan lah dengan duit yang berapa sen kita bayar tu Israel dah boleh beli bom atom,” cemuh Borhan.

“Memang tak dapat beli bom atom tapi mungkin dapat beli sebutir peluru dan peluru itu mungkin dah tembus kat kepala mahupun dada kanak-kanak Palestin. Kalau semua orang fikir macam yang kamu fikir, bom nuklear  pun mereka mampu beli. Ingat! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,” sangkal Ali.

“Susahlah cakap dengan ustaz ni. Ini tak boleh, itu tak boleh, apa pun tak boleh,”dengus Borhan.
Setelah berfikir sejenak, Borhan kembali bersuara, “Ala kita beli kali ini ajelah. Kalau kita boikot KFC, sikit pun tak terjejas syarikat Yahudi tu. Kalau seribu orang rakyat Malaysia boikot pun masih belum terjejas lagi. Cawangan mereka banyak di seluruh dunia.”

“Kalau tak terjejas pun tak apa. Yang penting, Allah nilai. Ni tanda perjuangan kita nak lawan Yahudi. Cuba fikir, apa sumbangan kita untuk tolong orang Palestin? Nak pergi ikut perang jauh sekali. Doa pun sekali-sekala je. Kita kena buat buat sesuatu. Nanti Allah akan Tanya apa sumbangan kita,” jelas Ali.

*****

Jamuan tengah hari mereka berlangsung agak meriah. Semua orang memuji masakan kampung yang dihidangkan. Lain daripada hidangan yang biasa dnikmati sebelum ini. Mereka makan dengan begitu selera. Ali sempat menjeling Borhan, dia pun nampak berselera. Ali senyum.

“Masakan macam ni baru bagus. Kenyang. Ni asyik-asyik KFC, McD tak pun Pizza Hut. Jemulah. Lagipun saya tak suka sebab tu semua produk Israel. Saya benci mereka. Zalim. Pengganas,” kata Chan. Deva di sebelahnya pun turut bersetuju.

Ali berasa sebak dengan penjelasan Chan, seorang yang bukan Islam. Mereka pun sedar dan bencikan Israel atas dasar kemanusiaan. Malangnya masih ramai orang Islam langsung tidak mempedulikan dan tidak sensitif dengan isu tersebut. 




*sedutan dan diolah dari novel, Denyut Kasih Medik 

Friday, 29 July 2011

bulan itu bulan cinta!

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful





“Bunyi bising ape tu?” Puan Mama bertanya kepada Sang Pencari Redha Allah
“Mmm… entahlah Puan Mama. Bunyi bukan macam dari kedai depan ni.. rasanya cam konsert plak… huhu..” balas Sang Pencari Redha Allah
“Dari lubuk pendidik tu tak…” Sang Pencari Redha Allah memandang ke arah lubuk yang dimaksudkan setelah menangkap garis sayu kecewa Puan Mama
“Itulah.. kan dah Syaaban sekarang ni…” Puan Mama seakan akan menelan kecewa
Sang Pencari Redha Allah faham erti kata Puan Mama… 
_____________________________________________________________________________

 “Aku tak nampaaaakkkk….” Ujar Adik Tinggi… Sang Pencari Redha Allah hanya menggeleng kepala…
Kami melangkah ke kereta setelah usai membayar lauk bungkus untuk makan malam di rumah.. Azan Mahgrib berkumandang… dalam sahut panggilan itu, sepasang remaja boleh sengih-sengih menuju ke kedai makan itu..
Aiihhhh… Tak menyempat tunggu solat Mahgrib dulu ke bro?
______________________________________________________________________________

Sang Pencari Redha Allah tengok kaum-kaum Adam rileks je berkeliaran luar masjid untuk urusan dunia masing-masing waktu solat Jumaat sekarang ni…
“Sekarang ni solat Jumaat dorang wat slumber je tak pergi, seolah-olah merasa hebat buat larangan Allah… puasa nanti, tengoklah.. slumber je makan ngan minum waktu siang hari…”
______________________________________________________________________________

Yelah… nanti dah masuk Ramadhan… topeng setan kena cabut gantikan pula dengan topeng 'enta-enti'… marilah berpesta! Berpesta habisan habisan buat maksiat… nanti sebulan kena tahan… mungkin itu yang bermain dalam fikiran rata-rata masyarakat kita…

Sejak balik ke Tanah Malaya awal bulan ni, makin pening tengok masyarakat sekeliling… Makin terselah  ‘keberanian’ mereka mereka melaksanakan amar mungkar secara berjemaah… heh?
Padahal Ramadan, Si Kekasih Setia sudah mahu kunjung tiba… betapa tegarnya kita melukakan hati ‘kekasih hati’ kita? Beradabkah kita kepada Yang Maha Pencipta?
Tidak sedarkah bahawa bulan Ramadan itu bulan cinta? YA! Bulan Cinta!

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan mata selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

Jadi, pandangan mana yang menjadi pilihan kita?


Hati ini tidak merasakan manisnya cinta kepada Ramadan sebab tidak kenal, tidak tahu apa lebihnya yang ada pada Ramadan yang tiada pada bulan yang lain.. tak kenal maka tak cinta… itu lumrahnya..

Bagi yang tidak faham, tidak tahu (cakap jahil nanti, ngamuk plak kan) Ramadan hanyalah fasa masa sementara menunggu hari raya untuk mengumpul duit raya, melaram pakaian baru dengan fesyen terkini, mencuba pelbagai masakan mengisi tong… tatkala takbir bergema yang kita peroleh hanyalah lapar dan dahaga selama sebulan… dosa-dosa yang terdahulu masih lagi kita kendong… amatlah rugi sekiranya dosa-dosa kita tidak diampunkan sedangkan Ramadan telah meninggalkan kita…

Malangnya, mood ‘dating’ bersama Ramadan seakan-akan telah ditenggelamkan jauh ke dasar laut lagaknya dek kerakusan nafsu menyambut hari raya yang telah jauh terpesong! Sang Pencari Redha Allah tidaklah mengatakan yang salah untuk menyambut hari raya itu… Kita memang menyambut Aidilfitri itu sebagai kemenangan kita sebagai hamba-Nya kembali kepada fitrah kita.. Dah kalau macam tu, layakkah mereka-mereka yang tidak kembali kepada fitrah menyambut hari kemenangan ini? Mereka mereka itu pula yang berlebih-lebihan… heh?






Banyak nak diluahkan tapi tak tahu bait-bait kata mana yang nak dinukilkan… 
minta maaf sangat sebab post ni memang tak habis cakap...