Friday, 19 April 2013

nukilan sarat cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Baru nak taip tajuk post pun, mata dah bertakung air! Allahu Allah! Sungguh aku rindu si pengirim nukilan penuh cinta ni.. Aku tahu cintanya aku kepada makhluk ini tidak dapat tidak aku mesti cintakan Allah dan Rasulullah saw lebih-lebih lagi tapi tak aku nafikan yang cinta sayang dan rindu ini benar-benar merobek hati jiwa dan jantung aku.. lek lu... jangan bersangka-sangka... haha Apatah lagi dikurniakan ganjaran pahala dengan hanya memandang muka mereka! Subhanallah!

Mai sini aku kongsikan bait-bait kata nukilan yang meruntun jiwa dan air mata macho ku... sungguh? heh!


"Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya."

(Surah At-Tur, 52: ayat 21)

Mukadimah nukilan je dah buat aku sebak... mana tak undang rindu dalam dada? 
Terus diingatkan akan berkumpulnya nanti dalam syurga! Allahumma amin, ya Rabbi!!!

Dalam bait-bait nukilan seterusnya ni, ada disertakan sekali syair (aku rasa la syair...) dalam bahasa Arab sebenarnya tapi sebab aku tak ada masa yang banyak nak taip balik dalam bahasa Arab, kira kongsi maksudnya yea?

Urusanku Untuk-Mu Tuhan

Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
Daripada permintaan dan usahaku
Doa serta permohonanku
Sebagai bukti pada kefakiranku
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
Pada saat aku senang dan susah

Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
Dalam kefakiran dan keperluanku
Wahai tuhanku yang memiliki aku
Kau Maha Tahu akan keadaanku
Dan apa yang berada dalam hatiku
Dari kesedihan dan kesibukkanku

Maka tolonglah aku dengan kelembutan
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
Sebelum lenyap kesabaran hamba
Wahai pemberi pertolongan dengan segera
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua
Wahai yang Maha Dekat dan Menjawab
Wahai yang Maha Mengetahui dan Mendengar
Aku mengaku akan kelemahanku
Dan ketaatan serta kesedihanku
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
Pada lembah kurnia-Mu aku berada
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana
Aku sentiasa mempunyai prasangka bai
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
Sepanjang malam dan siangku
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku
Dari kebimbangan dan pergolakannya
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Pabila aku ulang dan terus ulang baca nukilan ni... makin jatuh cinta malah makin rasa pergantungan tu.. maksud aku... dalam nukilan ni... si pengirim dalam tidak langsung sebenarnya bagi aku, aku merasakan beliau mendidik aku untuk terus berusaha dan bergantung harap, minta pada Dia yang di atas sana!
Satu perasaan yang tak mampu nak aku gambarkan betapa best nya rasa tu...

Belum lagi kalau baca nukilan ni beserta gambar-gambar yang disertakan sekali... amat memujuk sekali...
Tak lain tak bukan bait-baik nukilan ni daripada Inchik Ayah dan Puan Mak.. adalah dalam minggu lepas aku luahkan rasa... bercerita itu ini... bukan senang aku nak curi masa mereka... dah gagal call banyak kali, aku hanya tinggalkan mesej, minta kata-kata semangat.. Akhirnya Inchik Ayah buat satu video untuk aku tapi tak berjaya hantar tru email sebab saiz besar kan... jadi Inchik Ayah hantar powerpoint! Bersungguhnya Inchik Ayah dan Puan Mak nak beri semangat dan sokongan :'))
Terharu sangat!

Tujuan aku kongsikan apa yang Inchik Ayah dan Puan Mak nukilkan, supaya kalaulah ada antara kita yang rasa ibubapa kita tak sayangkan kita, amat meleset sangkaan kita tu! Aku rasa sejak kita dalam perut lagi, ibubapa masing-masing dah aim nak jaga, sayang kita sampai syurga kelak tahu? sebab tu kalau jahat mana, buruk mana perangai kita, teruk mana pun kita layan dorang, dorang masih jaga dan cari kita..
Apa kita tahu apalah doa-doa dorang untuk kita dalam sujud tahajud dorang? Allah!

Bersyukurlah kita dengan nikmat beribu bapa ni... Even Nabi Muhammad saw sendiri pun tak merasa nikmat yang satu ni tau! Bertuah tau kita!


Jom ucapkan cinta, sayang dan rindu 
kepada Puan Mak dan Inchik Ayah! <3


Peneman baru buat ingatan kepada Puan Mak dan Inchik Ayah yang suka tanaman!
Aku tahu 'teman' aku ni sentiasa bertasbih --> jadi motivasi untuk aku jadikan diri sebagai hujah untuk Puan Mak dan Inchik Ayah di akhirat kelak! (:


Semoga bermanfaat!
Teruskan, tingkatkan usaha untuk exam yang nak dekat dah ni... jangan lupa jaga amal (:




love Puan Mak and Inchik Ayah!





Wednesday, 17 April 2013

unspoken...

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, hari ni tanah barakah ni dilimpahi hujan rahmah.. insyaAllah!
Hujan renyai-renyai menyapa khabar udara serta daratannya..
Ibaratnya satu sentuhan bagi membasahkan jiwa-jiwa yang kering kontang lamanya (:

Aku yang baru keluar rumah untuk ke kuliah selepas Zohor terus berjalan kaki sebab rasa mungkin tak lebat sangat hujannya, rasa macam kejap lagi hujan berhenti. Lintas jalan, terserempak dengan seorang ukhti yang mahu ke kuliah yang sama sedang menahan teksi. Menyapanya dan ambil laluan berbeza. Sebab aku betul-betul rasa kejap je hujan. Sepanjang jalan sampai ke kuliah, hujan memang renyai-renyai.. tak henti-henti... View tak best gak sebab specs disinggah titisan-titisan air hujan.. hehehe
Tapi hati gumbira bahagia sebab aku yakin, apa yang kau hajatkan masa ni, kau nyatakan, kau katakan, kau doa, insyaAllah Allah makbulkan!

Sebelum aku keluar rumah tadi tu, tiba-tiba tergerak rasa hati nak ajak ukhti mahbubah sorang tu makan ais krim... yea, lepas kuliah nanti.. tapi bila dah hujan ni serba salah plak sebab dah lah sejuk, nak suruh orang makan ais krim plak... huhuhu :p

_____________________________________________________________________

Lepas kuliah aku jadi serba salah, kesian la plak nak teruskan plan ajak si dia tu pekena ais krim sesejuk ni... tapi tabah koottt yang sorang tu... tak apa... tak apa.. kata dia... on the way ke kedai ais krim, hujan makin lebat... kesian dia, dah lah pakai tudung kosong, warna cerah pulak... dah ad corak tambahan kat tudung tu... tak pasal pasal... makin lebat hujan, makin ceria pula orang sekeliling kteorang... masing-masing ketawa riang... masing-masing muka bahagia... warga tempatan siap ada yang menyanyi nyanyi lagi... ada yang berlari-lari, nak mandi hujan lagaknya... sumpah macam syok je orang keliling... padan plak ada graduation ceremony... ada yang pakai jubah graduasi tu, jalan memang gembira sangat dalam hujan! ^^
Subhanallah! Alhamdulillah nikmat Allah bagi!

Sejam lebih la jugak aku ambil masa dia... Plan aku memang nak belikan dia ais krim je... pastu tak nak kacau dah... entah, sebelum azan Zohor tu memang tergerak hati nak ajak dia pergi beli ais krim... sudahnya dia yang cakap lagi best kalau makan sesama! (: lawak gak sebab pastu jadi blur nak lepak mana makan ais krim...

"Aku tak tau la tau kalau kau demam lepas ni... makan minum semua sejuk ni.."
aku tengok dia, dia tengok aku... =.="




Ada la jumpa satu tempat ni.. aku segan gak nak duk situ tapi tak apa lah, meraikan ajakan dia untuk makan sesama... aku je yang bercakap.. potpetpotpet... dia senyap je.. kadang tengok aku... kadang tengok handphone dia... kadang tengok ais krim dia...

Alhamdulillah! tak adalah pun dia bertanya apa, tak adalah jugak aku bercerita rasa.. tapi, rasa dengan masa diluang sekali... ada rasa satu keringanan... entah apa rasa... Alhamdulillah...

"Minta maaf la kalau ada hak-hak yang tak tertunai sebelum ni.."
Saje je eh kau cakap camtu... tak adalah... tak ada mende pun...  ;)

cuba teka gambar bila?


____________________________________________________________________

Jazakillah khairan kathira awak!
Berhujan sampai ke hulu hilir...
Ditolak angin, siap disapa pasir lagi...
Curi masa yang nak ganti sibuk lepas..
Pinjam tenaga pula la kan..
Doa aku untuk kau, biar kau tak tau... ;) rahsia ok?
Teruskan bergerak!
Teruskan menyentuh!
Kuatkan langkah kita bersama-sama!
Amal kau, usaha kau, kerja kau... semua lah senang cenghita!
Aku cemburu...
Cemburu sebab kau, aku rasa lebih jauh ke depan...
Lebih tinggi capai ke angkasa.
Walau dalam masa yang sama, kau rasa kau 'lemas'...
Aku harap moga nama aku terus bertahan dalam doa tahajud kau :')



Jom kita terus berlumba ok?
Fastabihul Khairat!


tak tahu la fenomena apa plak melanda sekarang ni... 

kiyomi, ada gwiyomi, ada gwiyouemi~~
comel memang comel tapi...
dah tak ada kerja lain ke?



Friday, 12 April 2013

dis.tan.ce





Should we keep this distance?









till then,
safe and sound.

Thursday, 11 April 2013

boycott = baju kot budak lelaki?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah.. masih lagi diberi nikmat iman dan islam..
Lama dah tak menaip meluah kat sini... nanti masa-masa kritikal nak exam semangat plak nak post macam-macam kan.. huhu
Bukan tak nak kongsi apa-apa tapi kemalasan nak membina ayat yang membantutkan segala luahan rasa.. ;p

Ok, disebabkan petang ni tak berjaya call makayah yang jauh di Tanah Melayu, tergerak lah jari jemari ni nak menaip salah satu isu yang dah lama bersarang dalam memori ni.. mungkin benda ni dah biasa kita dengar malah mungkin akan rasa menyampah atau mencebik kalau aku duk mula taip panjang-panjang nanti.. yela, ni blog, takkan lah aku bercakap plak kat sini... XD ok, tak lawak

Al kisah nya mula camni.. sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Timur Tengah ni, masa mula-mula duk minat nak mengunyah makanan-makanan ringan kat sini untuk menambahkan berat badan, eh tak silap-silap..  sebab tengok banyak gila tau tak pilihan makanan ringan kat sini, macam-macam jenama! of course la ada yang tak pernah aku dengar kat Tanah Melayu sana. Aku adalah minat satu keropok (errr... keropok ke? hantam sajalah) ala-ala cam garlic bread tu.. perisa gibnah (baca: keju).. sampaikan aku pernah beli berkaton-katon tahu? hewhew

Masa tahun 2 dulu ketagihan dahasyat ni hilang.. Alhamdulillah.. kalau tak, penat buah pinggang aku nak tapis segala kandungan perisa-perisa snack tu.. yang jadi cerita nya, naik tahun 3 ni, aku mula balik beli keropok tu.. hohoho... nampaknya iman telah diganggugugat di situ... akhirnya, adalah masa sekali ritu, lepas penat balik dari kuliah, aku pun pergi beli sekaton! 

Masa tinggal hampir suku je bilangan bungkusan keropok tu dalam kotak, aku tiba-tiba terfikir nak belek-belek syarikat mana yang manufacture makanan yang aku tengah kunyah depan laptop ni.. aku pun terus la menyapa Inchik Google... terdiam aku masa tu sebab tengok-tengok under syarikat yang antara 4 produk yang dalam usaha aku boikot! yup.. kat belakang keropok tu tulis "PEPSICO"... aiseehhh..
menerima pelajaran di situ... ok, jadinya walaupun rasa sedap di tekak dan seronok mengunyah-ngunyah, bertekad dah tak nak beli. ada banyak lagi makanan aku boleh makan. kita ada pilihan. 

nilah dia keropok aku duk kunyah tu
Ada lagi satu gak fevret aku... beli masa rasa tension... sebab chips kan... rangup la plak... ada gak yang tegur boikot pastu aku stop beli... tak lama lepas tu tengok ada yang beli, dia cakap tak boikot, yang boikot tu Lays... aku pun beli balik... dah alang-alang aku tanya Inchik Google pasal sunbites, aku pun google la pasal lagi satu ni... Heh! rupanya adik beradik kandung ngan Lays! ish33.... nama je tukar-tukar... patut la logo lebih kurang je... nak kata aku tertipu lagi ke... adeh...

sama kan ngan Lays? gi google sendiri ;p
best kan tengok chips dalam mangkuk tu
Mungkin ada yang tak suka atau tak setuju ngan seruan boikot-boikot ni.. untuk aku, aku bukan boikot semata-mata ikut orang.. tapi aku boikot biarlah sampai syarikat-syarikat yang menyumbangkan dana kepada zionis laknatullah itu menukar polisi syarikat dorang kepada tidak lagi menyalurkan sumbangan dana. mudah! itu sahaja.. walaupun orang duk kata effect nya sikit dan tak berkesan, biarkan mereka. sekurang-kurangnya aku usaha. jadikan pelepasan diri bila disoal kelak. 

Untuk alternatif, untuk yang berada di Timur Tengah cam aku ni, boleh lah pergi ke kedai ammu tokmiyah... beli kentang yang ammu tu dah goreng.. kentang gak ape... kalau tak nak gak, gi masuk dapur tu, amek kentang tu, siang, hiris halus-halus pastu goreng... tada! selamat lah! 

Lagi satu, aritu aku dapat tau kat kawasan aku tinggal ni ada buka kedai The Body Shop... mula nya aku teruja! yela sebab dah lama tak jumpa sejak jejak kaki ke sini... sampaikan aku duk share dalam mukabuku.. terus dapat satu message pagi esoknya dari seorang akhawat dari Kaherah.. Dia tegur, takut-takut kalau aku tak tahu pasal apa yang aku kongsikan di mukabuku malam tu. Dia cakap The Body Shop boikot... aku pun terus google.. haah... boikot... boikot sebab apa? sebab Loreal dah beli The Body Shop ni.. harap maklum yang Loreal antara 4 syarikat yang paling banyak menyumbangkan dana kepada zionis selain daripada Nestle, McDonald dan Coca cola


74:7


Tak apalah... ni semua dunia je... tunggu kat syurga nanti ;)
insyaAllah!


Oh ya! 
Terus doakan saudara-saudara seaqidah kita di
 Gaza, Palestin, Syria, Burma 
dan seluruh pelusok dunia! 




Friday, 25 January 2013

bout dance battle?

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Alhamdulillah still able to sit back and typing this post

So, how's your holidays? Great? Hope you enjoy the moments with always thankful to Allah! ^^

Me? Alhamdulillah... after the Tursina hiking mission, I just spending my time at home for the next agenda which I'll attend mukhayyam for 3 days with my dearest lovely akhawatsss (:

But, I can't stop chewing! Its ok if I'm chewing with empty buccal cavity but everytime I'm chewing, I chew with my very FULL mouth! haha... Even the secondary wave is not started for emptying my stomach, I continue eat that and eat this.. huhu... ok fullstop! I'm not going to blabla bout my recently unhealthy eating habit.. :3

Well, who was I past then is not I am today. Alhamdulillah, Allah still giving me chance to turn to Him before its too late with all His Merciful and Kindness! 

Last two days, I was clicking on net, watching the dance battlesssss. you see the 'ssssss'? hoho
But then, this make me thinking till now. Can I watch them? them is referred to the videossss ok? I'm not asking you to look forward for the 18SX steps/messages or the uncovered aurah or even the ikhtilat there... huuuuu 

That's me since my past, I'm love to watch the dance's steps. I know may some of you will start negatively say that I can't feel that I'm love or even watching these kind of videos, this can make the people around you will not believe you. betapa tak tsiqah nye ko bila ko macam ni tahu? =.="

So, lets we see theessseeee kind of videos from another perspectives.. Don't look directly to the moves and steps, or just enjoying the out loud musics. As much as I love the dance steps/moves, the passions, the courages, the spirits... I want feel THEM in my DnT pathway... insyaAllah, I pray the BEST!

I don't know how to explain how to make you feel the way I feel this. What do you think? Because I think, it is not "NOT TO-DO" if you know like if you want do some workouts, you can still follow the steps to burn the fats or just to maintain your fitness. nonsence! I'm not practising these okay! haha
tron dance (example)

But I hope you will not judge me without knowing nothing bout me. I am surviving to be the better person, the better slave of Allah. Pray for me, pray for you, pray for us!

okay, need to end this. I have to search about As-Syahid Izzuddin al-Qassam. Only found from one source. still google-ing.

till then, take care of your iman! jangan bagi 'dia' cuti tau


*hopefully no one will misunderstanding me, thank you [= don't get me wrong





I born,
to be real..
Not perfect.
Pray and support me.
:')