Wednesday, 17 April 2013

unspoken...

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah, hari ni tanah barakah ni dilimpahi hujan rahmah.. insyaAllah!
Hujan renyai-renyai menyapa khabar udara serta daratannya..
Ibaratnya satu sentuhan bagi membasahkan jiwa-jiwa yang kering kontang lamanya (:

Aku yang baru keluar rumah untuk ke kuliah selepas Zohor terus berjalan kaki sebab rasa mungkin tak lebat sangat hujannya, rasa macam kejap lagi hujan berhenti. Lintas jalan, terserempak dengan seorang ukhti yang mahu ke kuliah yang sama sedang menahan teksi. Menyapanya dan ambil laluan berbeza. Sebab aku betul-betul rasa kejap je hujan. Sepanjang jalan sampai ke kuliah, hujan memang renyai-renyai.. tak henti-henti... View tak best gak sebab specs disinggah titisan-titisan air hujan.. hehehe
Tapi hati gumbira bahagia sebab aku yakin, apa yang kau hajatkan masa ni, kau nyatakan, kau katakan, kau doa, insyaAllah Allah makbulkan!

Sebelum aku keluar rumah tadi tu, tiba-tiba tergerak rasa hati nak ajak ukhti mahbubah sorang tu makan ais krim... yea, lepas kuliah nanti.. tapi bila dah hujan ni serba salah plak sebab dah lah sejuk, nak suruh orang makan ais krim plak... huhuhu :p

_____________________________________________________________________

Lepas kuliah aku jadi serba salah, kesian la plak nak teruskan plan ajak si dia tu pekena ais krim sesejuk ni... tapi tabah koottt yang sorang tu... tak apa... tak apa.. kata dia... on the way ke kedai ais krim, hujan makin lebat... kesian dia, dah lah pakai tudung kosong, warna cerah pulak... dah ad corak tambahan kat tudung tu... tak pasal pasal... makin lebat hujan, makin ceria pula orang sekeliling kteorang... masing-masing ketawa riang... masing-masing muka bahagia... warga tempatan siap ada yang menyanyi nyanyi lagi... ada yang berlari-lari, nak mandi hujan lagaknya... sumpah macam syok je orang keliling... padan plak ada graduation ceremony... ada yang pakai jubah graduasi tu, jalan memang gembira sangat dalam hujan! ^^
Subhanallah! Alhamdulillah nikmat Allah bagi!

Sejam lebih la jugak aku ambil masa dia... Plan aku memang nak belikan dia ais krim je... pastu tak nak kacau dah... entah, sebelum azan Zohor tu memang tergerak hati nak ajak dia pergi beli ais krim... sudahnya dia yang cakap lagi best kalau makan sesama! (: lawak gak sebab pastu jadi blur nak lepak mana makan ais krim...

"Aku tak tau la tau kalau kau demam lepas ni... makan minum semua sejuk ni.."
aku tengok dia, dia tengok aku... =.="




Ada la jumpa satu tempat ni.. aku segan gak nak duk situ tapi tak apa lah, meraikan ajakan dia untuk makan sesama... aku je yang bercakap.. potpetpotpet... dia senyap je.. kadang tengok aku... kadang tengok handphone dia... kadang tengok ais krim dia...

Alhamdulillah! tak adalah pun dia bertanya apa, tak adalah jugak aku bercerita rasa.. tapi, rasa dengan masa diluang sekali... ada rasa satu keringanan... entah apa rasa... Alhamdulillah...

"Minta maaf la kalau ada hak-hak yang tak tertunai sebelum ni.."
Saje je eh kau cakap camtu... tak adalah... tak ada mende pun...  ;)

cuba teka gambar bila?


____________________________________________________________________

Jazakillah khairan kathira awak!
Berhujan sampai ke hulu hilir...
Ditolak angin, siap disapa pasir lagi...
Curi masa yang nak ganti sibuk lepas..
Pinjam tenaga pula la kan..
Doa aku untuk kau, biar kau tak tau... ;) rahsia ok?
Teruskan bergerak!
Teruskan menyentuh!
Kuatkan langkah kita bersama-sama!
Amal kau, usaha kau, kerja kau... semua lah senang cenghita!
Aku cemburu...
Cemburu sebab kau, aku rasa lebih jauh ke depan...
Lebih tinggi capai ke angkasa.
Walau dalam masa yang sama, kau rasa kau 'lemas'...
Aku harap moga nama aku terus bertahan dalam doa tahajud kau :')



Jom kita terus berlumba ok?
Fastabihul Khairat!


tak tahu la fenomena apa plak melanda sekarang ni... 

kiyomi, ada gwiyomi, ada gwiyouemi~~
comel memang comel tapi...
dah tak ada kerja lain ke?



No comments: