Thursday, 11 April 2013

boycott = baju kot budak lelaki?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah.. masih lagi diberi nikmat iman dan islam..
Lama dah tak menaip meluah kat sini... nanti masa-masa kritikal nak exam semangat plak nak post macam-macam kan.. huhu
Bukan tak nak kongsi apa-apa tapi kemalasan nak membina ayat yang membantutkan segala luahan rasa.. ;p

Ok, disebabkan petang ni tak berjaya call makayah yang jauh di Tanah Melayu, tergerak lah jari jemari ni nak menaip salah satu isu yang dah lama bersarang dalam memori ni.. mungkin benda ni dah biasa kita dengar malah mungkin akan rasa menyampah atau mencebik kalau aku duk mula taip panjang-panjang nanti.. yela, ni blog, takkan lah aku bercakap plak kat sini... XD ok, tak lawak

Al kisah nya mula camni.. sejak aku menjejakkan kaki ke bumi Timur Tengah ni, masa mula-mula duk minat nak mengunyah makanan-makanan ringan kat sini untuk menambahkan berat badan, eh tak silap-silap..  sebab tengok banyak gila tau tak pilihan makanan ringan kat sini, macam-macam jenama! of course la ada yang tak pernah aku dengar kat Tanah Melayu sana. Aku adalah minat satu keropok (errr... keropok ke? hantam sajalah) ala-ala cam garlic bread tu.. perisa gibnah (baca: keju).. sampaikan aku pernah beli berkaton-katon tahu? hewhew

Masa tahun 2 dulu ketagihan dahasyat ni hilang.. Alhamdulillah.. kalau tak, penat buah pinggang aku nak tapis segala kandungan perisa-perisa snack tu.. yang jadi cerita nya, naik tahun 3 ni, aku mula balik beli keropok tu.. hohoho... nampaknya iman telah diganggugugat di situ... akhirnya, adalah masa sekali ritu, lepas penat balik dari kuliah, aku pun pergi beli sekaton! 

Masa tinggal hampir suku je bilangan bungkusan keropok tu dalam kotak, aku tiba-tiba terfikir nak belek-belek syarikat mana yang manufacture makanan yang aku tengah kunyah depan laptop ni.. aku pun terus la menyapa Inchik Google... terdiam aku masa tu sebab tengok-tengok under syarikat yang antara 4 produk yang dalam usaha aku boikot! yup.. kat belakang keropok tu tulis "PEPSICO"... aiseehhh..
menerima pelajaran di situ... ok, jadinya walaupun rasa sedap di tekak dan seronok mengunyah-ngunyah, bertekad dah tak nak beli. ada banyak lagi makanan aku boleh makan. kita ada pilihan. 

nilah dia keropok aku duk kunyah tu
Ada lagi satu gak fevret aku... beli masa rasa tension... sebab chips kan... rangup la plak... ada gak yang tegur boikot pastu aku stop beli... tak lama lepas tu tengok ada yang beli, dia cakap tak boikot, yang boikot tu Lays... aku pun beli balik... dah alang-alang aku tanya Inchik Google pasal sunbites, aku pun google la pasal lagi satu ni... Heh! rupanya adik beradik kandung ngan Lays! ish33.... nama je tukar-tukar... patut la logo lebih kurang je... nak kata aku tertipu lagi ke... adeh...

sama kan ngan Lays? gi google sendiri ;p
best kan tengok chips dalam mangkuk tu
Mungkin ada yang tak suka atau tak setuju ngan seruan boikot-boikot ni.. untuk aku, aku bukan boikot semata-mata ikut orang.. tapi aku boikot biarlah sampai syarikat-syarikat yang menyumbangkan dana kepada zionis laknatullah itu menukar polisi syarikat dorang kepada tidak lagi menyalurkan sumbangan dana. mudah! itu sahaja.. walaupun orang duk kata effect nya sikit dan tak berkesan, biarkan mereka. sekurang-kurangnya aku usaha. jadikan pelepasan diri bila disoal kelak. 

Untuk alternatif, untuk yang berada di Timur Tengah cam aku ni, boleh lah pergi ke kedai ammu tokmiyah... beli kentang yang ammu tu dah goreng.. kentang gak ape... kalau tak nak gak, gi masuk dapur tu, amek kentang tu, siang, hiris halus-halus pastu goreng... tada! selamat lah! 

Lagi satu, aritu aku dapat tau kat kawasan aku tinggal ni ada buka kedai The Body Shop... mula nya aku teruja! yela sebab dah lama tak jumpa sejak jejak kaki ke sini... sampaikan aku duk share dalam mukabuku.. terus dapat satu message pagi esoknya dari seorang akhawat dari Kaherah.. Dia tegur, takut-takut kalau aku tak tahu pasal apa yang aku kongsikan di mukabuku malam tu. Dia cakap The Body Shop boikot... aku pun terus google.. haah... boikot... boikot sebab apa? sebab Loreal dah beli The Body Shop ni.. harap maklum yang Loreal antara 4 syarikat yang paling banyak menyumbangkan dana kepada zionis selain daripada Nestle, McDonald dan Coca cola


74:7


Tak apalah... ni semua dunia je... tunggu kat syurga nanti ;)
insyaAllah!


Oh ya! 
Terus doakan saudara-saudara seaqidah kita di
 Gaza, Palestin, Syria, Burma 
dan seluruh pelusok dunia! 




No comments: