Matikah kita tanpa produk-produk itu?
“I cadang kita tempah KFC, McD atau Pizza Hut”, ujar Borhan. Sejak awal lagi, Borhan sering menyebut tentang KFC, McD dan Pizza Hut sebagai menu jamuan mereka.
“Kita kena buat special sikit. Kita tempah KFC, McD dan Pizza Hut, baru orang nampak grand. Senang pun senang, order aje lepas tu semua siap. Nak kemas pun senang”, kata Borhan menguatkan hujahnya.
“Ish, tak sesuailah makan fast food. Kita kan nak buat waktu tengah hari. Baik kita makan yang berat terus, lunch. Makanan Malaysia. Kos pun lebih murah daripada KFC, McD dan Pizza Hut,” tegas Ali. Dia memang tak suka makanan-makanan segera. Bukan sahaja membazir kerana harganya malah ia tidak baik untuk kesihatan. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya amat berlebihan terutamanya aditif dan monosodium glutamate. Ia berisiko terhadap penyakit kerosakan gigi, sembelti, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan kanser usus besar.
“Borhan, kamu rela makan KFC, McD dan Pizza Hut? Tak bau darah rakyat Palestin ke dalam tu? Itu semua produk barangan Yahudi dan sekutunya tau. Kita beli produk mereka seolah-olah kita beri mereka peluru untuk tembak saudara kita sendiri di Palestin,”sambung Ali bersungguh-sungguh.
“Ala, janganlah fikir kolot. McD memang terang-terangan mengaku bagi sumbangan kat Israel,tapi KFC Malaysia tak ada kaitan dengan KFC Israel. Kan JCorp punya, pengarahnya orang Melayu kita”, tegas Borhan, berasa tercabar apabila makanan kegemarannya dikaitkan dengan Yahudi yang menghancurkan Palestin.
“Kalau logo sama, brand pun sama, apa lagi? Mesti ada kaitan. Kalau tak bayar kat Yahudi mesti dah lama kena samansebab guna brand mereka. Pengarah KFC sendiri mengaku JCorp bayar royalty penggunaan jenama pada Yahudi”.
“Alaaa, bayar sikit je. Setakat bagi 6% tu apalah sangat”, sangkal Borhan.
“Keuntungan KFC mencecah berbillion-billion ringgit tau. Nilai 6% yang kononnya kecil tu mencecah jutaan ringgit, tahu tak? 1 sen pun sepatutnya kita tak rela duit kita sampai ke sana. Lainlah kalau memang dah tak ada alternatif lain”, balas Ali.
“1 sen? Berkira sangatlah you ni”, ujar Borhan.
“Kalau macam tu, setakat mencuri 50 sen tak apalah ya? Kalau mencuri RM1000 baru jadi haram? Begitu? Curi tetap curi. Allah akan dakwa walau curi 1 sen sekalipun. Haram tetap haram,” balas Ali.
“Habis tu, rakyat Malaysia nanti nak makan apa kalau boikot KFC, McD dan Pizza Hut? Lagipun, beribu rakyat Malaysia kerja kat situ. Habislah periuk nasi mereka,” Borhan enggan mengalah.
“Astaghfirullah! KFC,McD dan Pizza Hut atau Tuhan yang beri sumber rezeki? Kenapa bergantung pada KFC,McD dan Pizza Hut, bukan kepada Allah? Banyak lagi alternatif lain. Nak atau tak nak je. Lagipun, mana lebih penting? Periuk nasi kita atau nyawa saudara kita?” Tegas Ali.
“Produk ayam goring Muslim pun semakin berkembang sekarang ni. Cuma promosinya belum meluas kerana ramai yang masih memilih untuk menyokong KFC, McD dan Pizza Hut,” sambung Ali.
“I tak adalah maksudkan Tuhan, tapi kalau kita tengok syarikat-syarikat ni bagus juga, banyak berjasa kepada ekonomi di Malaysia”, kata Borhan.
“Alhamdulillah kalau macam tu. Tapi lagi bagus kalau KFC, McD dan Pizza Hut kat Malaysia bangunkan jenama sendiri. Bebas daripada Israel. Tak susah pun. Dan bila itu berlaku, saya mungkin jadi orang pertama yang akan pergi menyokong,” ujar Ali.
“Ya ke? Habis tu yang orang Islam masih ramai duk makan KFC, McD dan Pizza Hut tu macam mana? Bangga lagi tampal, tunjuk lambang Drive Thru masing-masing kat kereta,” kata Borhan berdalih.
“Masyarakat umum buat tak semestinya benda tu betul. Mereka mungkin tak tahu. Kenapa nak ikut mereka? Sepatutnya kita jadi contoh pada mereka,” jelas Ali.
“Alah! Kita beli sikit jelah. Takkan lah dengan duit yang berapa sen kita bayar tu Israel dah boleh beli bom atom,” cemuh Borhan.
“Memang tak dapat beli bom atom tapi mungkin dapat beli sebutir peluru dan peluru itu mungkin dah tembus kat kepala mahupun dada kanak-kanak Palestin. Kalau semua orang fikir macam yang kamu fikir, bom nuklear pun mereka mampu beli. Ingat! Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit,” sangkal Ali.
“Susahlah cakap dengan ustaz ni. Ini tak boleh, itu tak boleh, apa pun tak boleh,”dengus Borhan.
Setelah berfikir sejenak, Borhan kembali bersuara, “Ala kita beli kali ini ajelah. Kalau kita boikot KFC, sikit pun tak terjejas syarikat Yahudi tu. Kalau seribu orang rakyat Malaysia boikot pun masih belum terjejas lagi. Cawangan mereka banyak di seluruh dunia.”
“Kalau tak terjejas pun tak apa. Yang penting, Allah nilai. Ni tanda perjuangan kita nak lawan Yahudi. Cuba fikir, apa sumbangan kita untuk tolong orang Palestin? Nak pergi ikut perang jauh sekali. Doa pun sekali-sekala je. Kita kena buat buat sesuatu. Nanti Allah akan Tanya apa sumbangan kita,” jelas Ali.
*****
Jamuan tengah hari mereka berlangsung agak meriah. Semua orang memuji masakan kampung yang dihidangkan. Lain daripada hidangan yang biasa dnikmati sebelum ini. Mereka makan dengan begitu selera. Ali sempat menjeling Borhan, dia pun nampak berselera. Ali senyum.
“Masakan macam ni baru bagus. Kenyang. Ni asyik-asyik KFC, McD tak pun Pizza Hut. Jemulah. Lagipun saya tak suka sebab tu semua produk Israel. Saya benci mereka. Zalim. Pengganas,” kata Chan. Deva di sebelahnya pun turut bersetuju.
Ali berasa sebak dengan penjelasan Chan, seorang yang bukan Islam. Mereka pun sedar dan bencikan Israel atas dasar kemanusiaan. Malangnya masih ramai orang Islam langsung tidak mempedulikan dan tidak sensitif dengan isu tersebut.
No comments:
Post a Comment