Friday, 6 May 2011

new start! -3 Jamadil Akhir 1432H-

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful


Salam...


Alhamdulillah... Sang Pencari Redha Allah ( translation utk "Mardhatillah Seeker" di column bawah yea? ) dapat menekan nekan papan kekunci ni semula setelah selama jangka waktu ni ditinggalkan... padahal tiap2 hari pun tekan... tapi tekan untuk wat benda lain la kan... bukan blog ni... 

Alhamdulillah syukur nikmat... dalam masa 2 minggu lepas ni dapat banyak sangat input dan berbulatan gembira yang amat membahagiakan lah... gua cakap sama lu beb! tak tipu! =p

tetapi terasa amat lah sedih dikandung hiba melarat lah pula takungan empangan air di perbatasan negeri... aku merasa kan terlalu teruk dan rasa cam loser sebab nya belum buat apa2 dengan input ni... bak kata kakak-kakak, nanti kepala besar ( sila sebut perkataan 'besar' ni dengan penuh semangat ) sangat... nak gerak sikit pun tumbang... jadi upside down... silap haribulan... MELETUP! *da tak ada kepala plak nanti kan?*

untuk itu Sang Pencari Redha Allah merasakan bahawa usaha untuk bercakap cakap... err... bukan2... untuk menulis nulis, mencoret coret amatlah perlu diteruskan walaupun masa sememangnya penuh... PENUH!!!

doakan lah Sang Pencari Redha Allah yang seorang ni dapat berterusan be on tract bak kata omputih la kan... Insya-Allah... lagi satu, Sang Pencari Redha Allah ni pun akan bertambah tambah gembira sehingga seakan akan berada di udara sekiranya anda anda yang membaca ini sudi untuk membacakan Surah Yassin untuknya... hah! cuak? baca Surah Yassin tu doakanlah supaya Sang Pencari Redha Allah ni selalu lembut hati dan dibukakan hati dalam berulang kali menerima hidayah dan petunjuk Illahi.. 
ada paham?


oleh itu Sang Pencari Redha Allah ni nak share sikit....

Seseorang Muslim itu tidak perlu berlakon dalam sebuah filem dan lain2 kerana dalam lakonan sering dikaitkan dengan penghafalan skrip-skrip yang memakan masa yang lama. Sedangkan umat Islam khususnya telah pun ada dihadapan mereka skrip-skrip yang termaktub dalam Al-Quran sejak dari dulu lagi dan hadis-hadis baginda yang sepatutnya dihafal dengan baik. 

*itulah korang Al-Quran ada berapa surah pun tak tahu, ada hati nak wujudkan fenomena MPOP?!* 

Err... lari topik plak... Sambung balik ye?

Pengarahnya ialah Allah dan penolong-Nya ialah Rasulullah saw, jurukamera-Nya adalah Malaikat. Sudah pasti yang berjaya menghafal skrip berkenaan dengan gilang gemilangnya adalah Nabi Muhammad saw dengan memegang watak utama dalam 'lakonan' kehidupan ini. Baginda merupakan pelakon lelaki terbaik dunia akhirat, para sahabat adalah pelakon-pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik yang kan mendapat anugerah lakonan terbaik daripada pengarah lakonan, Allah ta'ala. Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian anugerah masing-masing kepada para pelakon yang berjaya menghafal skrip yang dirakam oleh Malaikat yang bertindak sebagai jurukamera profesional yang diiktiraf Allah ta'ala. 

Ingat senang nak dapat awards tu? 
Lalu berfikirlah kembali...


DI MANA KITA?











orait nak memberitahu ni... lepas ni janganlah duk search unsrs.blogspot.com da... da tak do da... ok?

yang ada...

www.jenazahtobe.blogspot.com


peace~




No comments: