okey lah... Sang Pencari Redha Allah dalam mood jatuh dalam cinta aka fall in love.. ahah! adakah mata anda dah bulat terbelalak? errr... mulut tu tolong rapatkan balik ye... musim panas camni... lalat banyak... sistem saraf anda telah menjana stimulasi luaran yang tak dijangka... otak plak duk susah payah mencerna input... tak payah la duk fikir yang anda anda terlintas fikirkan tu.. salah... semua itu salah... Sang Pencari Redha Allah seorang ni sedar aih mati tak tahu bila... dibuatnya sedang asyik melayan perasaan terbuai buai angan-angan.. tap tup tap... malaikat maut datang... apa Sang Pencari Redha Allah nak jawab masa itu? mahu nganga sahajakah? ngangalah kamu sampai malaikat Zabaniah heret nanti... woha!
Anda anda yang Sang Pencari Redha Allah selalu fikirkan di luar sana... (memang lah kat luar... takkan korang dalam desktop ni plak kan?)...
Anda anda,
Cinta yang difikirkan, yang kita dimogokkan selama ini, yang dihebahkan, yang dikomer-sial-kan sana sini...
Cinta itu tidak halal... rindu yang kamu tanggung itu pun tidak membawa erti... kena soal nanti... nak jawab apa? Sang Pencari Redha Allah yang muda remaja ini pun mahu sahaja berkongsi kasih dan sayang... mahu sahaja mencintai dan dicintai... yelah kan... darah muda beb... getaran rasa di jiwa siot... rasa yang Allah kurniakan itu memang fitrah manusia dan kita sebagai manusia biasa memang tak kan terlepas dari rasa yang timbul itu...
Oleh itu, Sang Pencari Redha Allah telah menjumpai jalan terbaik... sememangnya cinta itu halal jika disalurkan dalam kehidupan berumahtangga (pintu dengan tingkap design nanti yea?) yang sah... itu jalan terbaik... tapi sedarlah anda anda di luar sana... makan minum pun mak ayah tanggung lagi... ada hati nak tanggung anak orang... kalau ada rezeki lebih, ada pendapatan sendiri pun... tanggungjawab... tanggungjawab dah sediakah mahu pikul? itulah sebabnya... fikir elok elok yea? panjang lah plak kan mukadimah... Sang Pencari Redha Allah sarankan marilah kita semua umat sekalian... marilah bercinta dengan Pencipta kita! kerana cinta Allah tidak pernah mengecewakan... Sang Pencari Redha Allah dah lali lah nak cakap pasal lambakan cerita-cerita cinta 'terhalang' tak tahu mana arah tuju dalam kalangan manusia sekarang baik yang muda mahupun tua, baik yang belum kahwin mahupun yang dah ada cicit... betul tak gua cakap?
Marilah kita kenal Pencipta kita... untuk apa? untuk kita bercinta dengan-Nya... yelah.. tak kan la anda anda ajak pasangan anda itu bersama-sama dulu kalau tak kenal mereka kan? macam itu jugalah caranya jika kita mahu bercinta dengan Yang Maha Esa ini... (=
Persoalan yang berlegar legar di benak pemikiran Sang Pencari Redha Allah adalah sejauh manakah kita dah kenal Kekasih Agung kita ni? Sang Pencari Redha Allah sangat yakin... pabila kita semakin kenal dengan Dia sedalam dalamnya... sedalam Lautan Pasifik... nescaya kekasih dampingan anda anda yang anda sanjung itu akan anda lontarkan jauh ibarat melontar peluru di sekolah menengah suatu ketika dulu.. pasti punya lah... kerana Kekasih Yang Esa ini semua sifatnya MAHA...
sebelum itu... Sang Pencari Redha Allah nak share satu video ni... tengok dulu ye...
Ibnu Qayyim ada mengatakan bahawa pengenalan telus dan tulus dengan Allah ta'ala akan membawa kepada tujuh perkara...
1. Malu
2. Cinta
3. Keterikatan Hati
4. Rindu
5. Taubat
6. Dekat
7. Pergantungan hanya kepada-Nya
Untuk memberi anda anda kefahaman yang mendalam... Sang Pencari Redha Allah dengan sukacita nya ingin berkongsi huraian yang terbit dari hati ini...
Apabila kita telah kenal Allah dengan sebetul-betulnya, setepat-tepatnya.... pengenalan itu akan mengundang rasa malu... malu untuk apa? kita akan berasa malu untuk melakukan dosa dan maksiat... lama kelamaan rasa malu itu akan menyebabkan terbitnya rasa cinta dalam hati setiap hamba yang betul betul mahu mengenali-Nya... ya... rasa cinta yang tak dapat aku gambarkan... cinta yang menuntut pengorbanan yang tinggi, kian menghambat keperitan di setiap nafas.. pahitnya dalam mencapai cinta itu akan menjalin keterikatan hati yang mana akan membuat si kekasih hati yang sini akan selalu memikirkan pandangan dan redha Kekasih Agungnya yang di sana dalam setiap langkah dan perbuatan... keterikatan hati ini lantas membuahkan rindu yang amat asyik... yang menenggelamkan si pencinta dalam lautan rindu yang nyata... rindu yang maha memabukkan ini akan sentiasa mengetuk diri mahu menjadi kekasih yang terbaik yang selalu disenangi Kekasih Agung Yang Esa... lalu akan melahirkan kesungguhan taubat setiap hela nafas, setiap denyutan nadi... perasaan selalu berasa dekat akan berputik dari selalunya mahu bertaubat tadi... masakan kita nak bertaubat, meminta bermacam macam permintaan tapi kita nak lari?? berasa selalunya dekat itu akan menyebabkan kita menyerahkan seluruh pergantungan kepada-Nya sepenuhnya... total hanya Allah... Ya Rabb!!!
agak terlalu puitis mungkin tetapi itulah yang Sang Pencari Redha Allah merasakan...
kiriman ini setakat sini sahaja... insya-Allah Sang Pencari Redha Allah akan menaip sambungan kiriman ini lain masa yea? insya-Allah~
sementara tunggu kiriman akan datang... hayati 99 nama-nama Allah... (:
"jaga hati... jaga iman!" kata Sang Pencari Redha Allah kepada diri sendiri...
No comments:
Post a Comment