Friday, 4 January 2013

miss your warm hugsss

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



"My Lord, have mercy upon them as they brought me up [when I was] small." [Al Israa:24]

(( وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا))


*lama sangat dah tak menyinggah sini*

I’m gonna ‘date’ Mr Exam this Tuesday onwards… pray for me!
Study leave kali ni memang rasa telalu nyahtinja. Aku pun mati akal. Mungkin banyak sangat dosanya.Kurang sangat amalnya. Kesihatan agak tidak memberangsangkan. Si bintik-bintik merah datang melawat dengan begitu misteri dan secara kolektif sekali. Ujian yang Allah susun memang untuk aku. Alhamdulillah!

Argh. Persyaitan itu semua. Itu bukan sebab aku kembali menekan-nekan papan kekunci ni. Fikiran aku melayang-layang memikirkan makayah di Tanah Melayu. Betapa bersalahnya aku kalau mereka tahu aku tak buat sehabis baik! I’m useless ;(


Puan Mak's hugsss!

Puan Mak… Rindu hangat peluknya… Tetap tawarakan kelembutan dalam ketegasannya…  Tetap curahkan kasih sayang sarat cinta walau aku lempar benci satu masa dulu.. Bodoh betul aku.. Nasib baik Puan Mak, ibu beriman lagi mithali tak sumpah aku jadi telefon pintar. Eh. Puan Mak yang sanggup bawakan air suam sampai ke katil bila aku malas bangun sahur even kalau aku sebut nak puasa sunat je pun. Puan Mak yang aku dulunya rasa selalu mebebal pasal apa aku pakai padahal dia hanya nak aku betul-betul tutup aurat dan selamat di luar sana. Puan Mak yang sanggup awal-awal pagi duduk atas katil aku urut kaki aku kalau dulu selalu kejang kaki tak pun urut perut bila gastric or muntah-muntah. Puan Mak yang tak peduli dia sempat mandi asal sempat tuam aku ngan air suam atas tilam kalau aku demam. Puan Mak yang selalu menanti aku elefon dia dari jauh, takut-takut nak call aku, takut kalau dia mengganggu aku lalu Puan Mak akan hantar Viber message macam karangan sarat dengan kata-kata yang buat aku hujan (kredit to viber ;p). Puan Mak yang selalu berlagak tenang tatkala aku teresak-esak dalam pangkuan dia. Puan Mak yang selalu kata dia lagi banyak salah bila aku peluk minta maaf dari dia. Puan Mak yang bila aku tatap mukanya buat aku mahu terus mampu melihat dan terus menatap wajahnya. Puan Mak yang selalu tarik tenangkan aku bila aku pada paras marah meluap-luap memekik. Puan Mak yang comel je antara anak-anaknya. Puan Mak yang selalu kongsi pengalaman hidupnya yg bagi aku 'WOW' tapi die akan tetap kata ada lagi yang lebih diuji. Puan Mak yang argue yang dia lebih sayangkan aku berbanding aku sayangkan dia. Rindu nak Puan Mak dodoikan tidur.


aku tahu Inchik Ayah, kasih sayangnya kepada anak-anak mengatasi segala!

Inchik Ayah… Rindu Inchik Ayah.. Rindu nak Inchik Ayah peluk.. Walaupun selalu rasa Inchik Ayah macam kekok peluk bila dah makin besar ni, tapi bila mengadap wajah Inchik Ayah lepas cium dahinya… Aku tahu muka kacaknya itu semakin tua… semaikin mengharap anak-anaknya… bukan pengharapan takat di dunia saja… mengharap agar anak-anaknya mampu membantunya di akhirat kelak, hatta di alam kubur dan saat sakratul maut kelak! Teringat aku, kecik-kecik dulu.. suka kalau Inchik Ayah yang sibuk ni mampu luangkan masa tidurkan aku. Suruh aku senyap, selalunya Inchik Ayah yang akan tidur dulu sebab penat, aku tahu. Dan aku akan selalu kira nafas Inchik Ayah. Selalu aku soal diri aku, “Kenapa tak sama macam aku punya turun naik nafas?” Sejurus itu, aku akan tahan nafas dan cuba bernafas sama rentak dengan Inchik Ayah. Aku nak jadi sama macam Inchik Ayah. Hahaha lawak bukan? Fikiran hingusan… Ya! Hakikatnya, memang aku mahu jadi seperti Inchik Ayah! Sebelum kewujudan Si Akim, memang aku semahu-mahunya jadi macam Inchik Ayah, nak jadi anak lelakinya.. Mungkin sebab tu juga, dulu memberontak menyusahkan diri sendiri bila makayah tak selari ngan diri.


Aku rindu Puan Mak Inchik Ayah.



Ya Rabbi, panjangkan dan berkatilah usia ibubapa kami agar sempat kami berbakti kepada mereka!



semoga dapat aku manfaatkan masa berbaki ini sebelum masuk dewan exam

No comments: