Tuesday, 12 June 2012

Sebab aku rindu kau


Aku pandang kiri kanan, serba tak kena perasaan aku.. Ke aku je yang perasan? Duduk menyilang tak kena, duduk bersila berdebar. Apa jadi?

Kau ingat lagi tak dulu? Kau bagitau aku, jangan risau, jangan takut. Kau takkan pernah tinggalkan aku. Kita tetap akan kawan sampai mati, janji kau pada aku. Dan kau pesan pada aku selalu untuk tunggu kau. Memang lah amat konfliks waktu itu.

Sedih aku dulu pun sedih kau, gembira aku dulu pun gembira kau. Ingat lagi betapa kamceng nya kita sampaikan memalam buta pun still kita berjaga, berkongsi daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar rahsia!

Bila kenang balik, memang aku gembira tapi tipulah kalau tak sedih. Tersengih sorang-sorang. Aku gembira sebab diberikan peluang untuk singgah dalam hidup kau. Aku sedih sebab sekarang kita jadi macam tak pernah kenal. Dari sudut hati aku yang paling dalam, jujur aku akui, aku rindu!

Mungkin kau rasa waktu lampau dulu tu era ketidakmatangan but I take it seriously and see, I still waiting. Sampaikan ke Ummu Dunya pun aku ‘terbawa-bawa’ kau. Maafkan aku!

Mungkin juga kau rasa aku kebudak-budakan dan tak masuk akal semua ini. Mungkin juga kau akan bertanggapan aku terlebih emosi dan jauh sekali rasional. Mungkin juga kau merasa terganggu malahan mahu saja kau tamatkan semua ini. Apa mungkin kau beri kata putus?

Aku tidak mengundang dan sedaya upaya melarikan diri tapi kau tetap nak datang dalam alam mimpi. Apesal weyh? Ternanti-nanti juga aku, kau menegur tapi bisu sebisu-bisunya kau. Mati akal aku.
Mungkin juga bila kita bertemu nanti, kau akan lihat aku atas ke bawah, bawah ke atas. Tapi percayalah sahabat, aku tetap aku!

Pengakuan berani hidup aku di sini, aku doa kita ada jodoh! Aman! Aku serahkan kau dalam jagaan Dia (: Sekiranya kau sudah ada jawapan yang muktamad lagi pasti, sila maklumkan pada aku. Sekurang-kurangnya kita jelas.






Dan sungguh dengan penuh kesungguhannya aku berharap, suatu hari nanti, hari keramatnya nanti, semudah ini aku dengan penuh kacak mengangkat tangan dan seru untuk panggil dapatkan kau sebab aku rindu…















“Mamak! Teh tarik kurang manis satu!” ;)





Amaran cerebrum: ini post tersirat dari yang tersurat. Ada anda kisah? Tapi aku memang minta maaf sebab tak beri manfaat langsung dan terlebih emosi di sini. Hoho.. Terima kasih!




Nota kaki: Bila aku baca balik apa aku tulis ni, aku pun rasa pelik kenapa jiwang sangat dengan teh tarik!

Monday, 11 June 2012

jom menambah perasa!



Pesanan khidmat masyarakat: Ini bukanlah post resepi masakan mahupun iklan aji naik moto. Amat jauh sekali post tentang hidangan turun temurun keluarga! Eh.

Al-kisahnya, aku transit selama hampir lapan jam di bumi Qatar sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Melayu keesokkan harinya. Ya! Semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa itu aku tak tidur, hanya tersenyum melihat teman-teman se-musafir-an tidur melata. Ok, hiperbebola ikan di situ.

Masa dalam boarding sebelum terbang ke Tanah Melayu lagi, aku dah macam terlebih ‘gula’. Dah jumpa seat, Alhamdulillah, Auntie Malaysian Indian dah sedia duduk kat seat sebelah. Lega… Lepas say “Hi!”, aku pun duduk lah sambil menselesakan diri. Maklumlah masih tak percaya dah dalam perjalanan pulang ke Tanah Melayu weyh!

Dah duduk dengan penuh sopan santunnya, aku ditegur Auntie sebelah ni. Aku pun sebenarnya nak sembang lah konon-kononnya, tapi sumpah aku tak tau nak start macam mana! Takkan aku tiba-tiba nak tanya, “Auntie, where are you going?”. Abuden la sangat kan dah memang jelas terang tang tang tengah duduk dalam perut kapal terbang ke Tanah Melayu!

Auntie tu tanya macam-macam. Belajar ape lah. Duduk mana lah. Pasal hijab lah. Cerita pasal kahwin lah (ok, ni sumpah aku tak tahu kenapa isu ni mesti timbul ). Tanya siapa jemputlah nanti and sooooo oonnnn. Lepas dia dah bertanya macam-macam (rasa macam kena temu ramah lah plak kan?), aku senyap je.

Tak lama lepas tu, Auntie tu tanya, kenapa dia tak nampak aku masa transit kat airport. Pulak dah.. betapa ramai manusia yang kehulur kehilir, dah tak kenal, macam mana nak perasan kan? Aku pun senyum je. Dia pun mula cerita dia dari mana dan buat apa. Menurut dia, dia jalan-jalan bercuti. Naik kapal mewah dari Penang dan singgah-singgah di banyak-banyak tempat. Aku pun buat muka comel, dengar satu persatu. Konon harap dapat buah tangan ape? Adeh~

Lepas dah habis cerita, dia cakap dia dulu nurse tapi sekarang dah retired. Hampir 40 tahun kerja kerajaan, lepas resign dia sambung kerja kat private hospital selam a 20 tahun lagi. Aku terpaksa menahan rahang aku daripada jatuh. Malangnya, aku tak dapat control air muka aku daripada terkejut. Auntie tu gelak-gelak.

Dia ada pesan, suruh belajar elok-elok. Dia hanya ada seorang anak lelaki, tengah study medic gak. Oh, tidak! Ini bukan cerita kenen-kenen ok? Dia cakap memang nurse belajar gak Anatomi, Fisiologi dan lain-lain. Tapi bila dia tangok dan baca kitab-kitab berkilo-kilo anak dia, dia amat terkejut sebab dia cakap, “Kami, nurse belajar basic sangat dengan apa yang you all, medical students study. So, you must study hard, EVEN HARDER!”. Siap dengan muka serius lagi Auntie tu. Yup! Aku memang amat berterima kasih dengan peringatan dan nasihat tu. Tapi dalam masa yang sama, hati aku terdetik. “Aku belum jejak Tanah Melayu lagi, belum cuti lagi!” Aku pun senyum je.

Ok, Auntie yang duduk sebelah aku hampir sembilan jam atas awang-awangan ni memang menambah perasa, perisa the cuakness aku menunggu result!



Nota kaki: Najitah (keputusan) apa pun, itu kerja Allah! Serahkan pada Dia. Kerja aku adalah berusaha! Usaha dengan tidak putus-putus berdoa dan tawakal! Apasal plak aku nak fikir-fikir kerja Allah?

Nota kaki II: Mohon sangat doa kalian, semoga denga keputusan itu nanti dapat aku menyumbang untuk Islam dan ummah! Jay Zek Zek Kay!

Thursday, 7 June 2012

lagi mahu tanya, nak harap siapa






Memang banyak yang terbuku di hati
Dah taip banyak-banyak
Rasa lain
Padam.. Padam…
Hanya ada lembaran kosong
Aku sendiri tak dapat nak terjemah apa yang aku rasa
Aku pandang langit
Adakah yang lain pun begitu?
Aku soal kembali diri
Apa yang tak kena?
Bisu zillion bahasa
Apa mungkin?




"And HE found you lost, and guide you." ad-Dhuha

Saturday, 17 December 2011

main terjun even dengan mixed feelings?

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful




Alhamdulillah, masih lagi hidup atas muka bumi ni untuk mencari redha-Nya, insya-Allah!


Kebelakangan ini ujian datang dalam lingkup kehidupan seperti teman karib yang selalu ada untuk satu sama lain. ya! amat lah pahit dan sakit hadapi satu persatunya.
Moga ujian-ujian ni menjadi tanda bahawa Allah selalu bersama Mardhatilllah Seeker! *aman*


hujung minggu kali ini dihabiskan dengan kami beramai-ramai turun ke Mak Negara di Tengah Timur ni. adalah yang MS buat kat sana. huhu~ sejurus selepas habis urusan dan bersolat Maghrib, MS bersiap-siap mahu pulang ke tanah pinggiran petani ini pula. tengah-tengah bersiap itu, telefon bimbit MS bergetar (baca: vibrate) dan muncullah nama insan yang amat MS cintai! Puan Mama menelefon MS setelah sekian lama kami tidak berbual panjang seperti tahun lepas. agak berdebar unuk jawab dengan keadaan masa itu. amat kompleks di sini untuk diterangkan!  tapi rindu punya pasal, MS pun jawab dan bersembang kejap. MS hanya manusia biasa yang penuh khilaf. tak tahu mana silapnya, Puan Mama seperti agak mmmm tak tahu nak describe macam mana. Inchik Ayah juga MS rasakan sebegitu. Allah! waktu itu rasa macam kena hempap dengan Gunung Sinai je! dan Puan Mama mengulang-ulang ayat yang sama dan kata-kata itu seakan-akan mengambil semangat yang menggungung tingginya langit yang aku dapat sepanjang berada di Mak Negara di Tenga Timur ini lantas meremuk kan semangat itu. dirobek lalu dicarik-carik pula sehinggalah yang tinggal hanya MS yang terpana! Lalu MS hanya ucapan kata cinta dan rindu buat Puan Mama dan Inchik Papa di akhir perbualan. telanlah rasa yang remuk tu. bersalam-salaman dengan Tuan Punya Rumah dan tetamu lainnya sebelum bertolak pulang dengan senyuman yang plastik.. sebenarnya cuba untuk senyum dengan ikhlas bagi sembunyikan perasaan masa tu


dalam perjalanan ke Macam Nama Firaun ramsis  MS dan yang lain menaiki bas.. da nak dekat sampai tu, MS dapat duduk di kerusi kosong bersama-sama Ukhti Orang Cakap Sama Muka dan telah meluahkan rasa waktu itu. adeh... hilang macho MS, empangan pecah dalam bas. sedang cakap-cakap tu, pak cik bas suruh turun padahal belum sampai. ramai yang protes. tengah bas nak bergerak semula dan MS masih lagi meluahkan rasa, MS nampak kelibat Ukhti Tudung Biru kat luar! seorang plak tu! untuk makluman, waktu tu dah malam ok? MS pandang ukhti-ukhti yang lain yang duduk di seats depan berdekatan tempat Ukhti Tudung Biru duduk sebelum ni. semuanya terpinga!


Tanpa berfikir panjang, MS bangun dan pergi ke pintu tengah bas sebab nak jenguk tengik Ukhti Tudung Biru kat luar dan ambil keputusan untuk turun dari bas. Mula-mula bas tu gerak slow je, ngam-ngam masa MS nak turun bas jadi laju kan? MS tawakal dan terus terjun... huuuuu~
sedar-sedar, MS dah dekat bahagian kecemasan hospital. eh. bukan-bukan.
sedar-sedar, tengok-tengok bangsa Besar semua tengah tengok MS. ok. MS terbaring di tepi jalan Nama Macam Firaun tu! terus lah MS bangun. control macho wat macam tak jadi apa-apa. hehe~ korang nak gelak ke nak ngata ke, suka hatilah... kau mampu ke?  Ukhti Tudung Biru nampak semua tu dan terkejut lalu datang peluk MS. nasib baik tak cedera mana-mana. nak tahu sebab apa? sebab Allah tolonglah. MS pakai beg pack travel yang besar sampaikan Ukhti Suara Kecil cakap MS kura-kura yang diselamatkan oleh cengkerang.. =_______=" MS bukan sengaja nak terjun, cuma memikirkan macam mana Ukhti Tudung Biru tinggal jalan berseorangan malam-malam ni? kan? 


Dalam termco (van) yang kami ambil untuk pulang ke tanah pinggiran petani ni, MS duduk sebelah Ukhti Kugelar Mak dan waktu tu memang luahkan habis-habisan!!! jazakillah sayang sebab sanggup tunggu MS habis celoteh baru mula makan. (=  ukhti yang lain juga sama; jazakumullah khairan khateeran!! tana kalian siapalah MS!


sampai ke tanah pinggiran, ada gak kes MS buat tapi biarlah. lawak malam hari. sampai dekat (belum sampai di, ok?) rumah, Ukhti Kugelar Mak sanggup luang masa teman MS makan padahal MS tahu dia sudah amat letih. *terharu*






Alhamdulillah! nikmat ukhuwah kerana-Nya yang Allah beri... (^_____^)
ada banyak lagi nak kongsikan kat sini. tapi masa amatlah padat! lain kali yea?





balik rumah penat-penat... tengok limau berkulat.. aisshhh.... cam rumah tak ada penghuni... *tambah sedih* 

Thursday, 17 November 2011

patah hati?

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani


Pagi tadi keluar atas urusan penting... 
Alhamdulillah si ukhti sayang sanggup menemani walaupun tak berapa sihat sebenarnya... 
Alhamdulillah! jazakillah khair wa khateeran! =D

Hati dan minda sebenarnya tidak seceria muka... 
ibaratnya patah hati pada sekeliling?
 memang rasa tak tenang.. mencari-cari kenapa jadi macam ni...

Tapi pabila telah melalui ke sana ke mari atas urusan itu... 
melihat dan memikirkan apa yang telah berlaku dalam jangka masa yang sekejap itu... 
Mardhatillah Seeker menjadi terharu atas 'pujukan'-Nya... 
pujukan yang mampu menenangkan hati ini... 
MS terpana seketika memikirkan di rumah...

untuk makluman, MS menuntut di Tanah Arab yang sememangnya anda tahu kasar la, suka marah2 la and so on, so on... 
memandangkan mood MS pun tak ok, MS pun macam redha kalau kena lalui macam2 kesusahan dalam nak wat urusan itu...

but, Allah knows better... 
first taxi je, ammu tu baik sangat.. even dia pick kami di tengah jalan... haha... masuk2 je dalam teksi, dia suruh selawat... 
memang terkena rasanya MS sebab rasanya dalam sedar dari rumah sampailah ke jalan menahan teksi, tak ada selawat langsung pun! 
memang malu sangat rasanya!  
tengah dia dah drive ke tempat A, dia boleh pula drive sebelah-menyebelah (faham kan?) ngan teksi lain, then guess what?
 DIA PUN SURUH AMMU TEKSI TU SELAWAT! 
subhanallah! 
dia betul2 semangat untuk mengingatkan orang sekeliling dia mengingati Nabi pembawa rahmat sekalian alam itu.. 
dia tak kisah pun kalau orang lain nak pandang slack ke ape ke kat die...
refleks diri balik... malu... malu...belum sampai tahap itu dalam kerja DnT ni! 

di tempat A pula, urusan tak dapat diselesaikan.. fikiran dan perasaan semakin serabut...
 memang rasa down tapi usaha juga pergi ke merata-rata...
 malangnya, tak berjaya juga... 
jadi kami decide pergi ke tempat B pula... tahan teksi... ammu teksi pun baik gak... 
memang sepertinya Allah permudahkan! 
tak ada asap rokok, tak ada marah2 minta duit lebih tanpa sebab munasarawak... 

tapi, Allah dah tetapkan mission incomplete.. 
di tempat B pun tak dapat diselesaikan... 
pulanglah kami ke rumah dengan menahan teksi... 
tapi ammu teksi tu ikut jalan jauh... 
tapi kami tak kisah sebabnya die pasang ngaji dan memang rasa tenang sangat... 
siap dia pun ngaji sekali tahu? 
sampai je ke destinasi, MS keluar dulu dari teksi, si ukhti sayang yang pass duit ke ammu teksi... 
on the way balik rumah, si ukhti sayang cakap ammu teksi tu minta 1 EGP lagi tapi si ukhti sayang tak rasa keberatan nak bayar pun sebab cara dia minta baik je dan memang jauh pun jalannya daripada biasa...

apa-apa pun, 
Alhamdulillah! 



Apa yang MS cuba kongsikan marilah kita lihat dari kaca mata hati dan kembali pada Allah...
ketahuilah segala yang berlaku di sekeliling kita ni, ada sebabnya, ada hikmahnya, ada pengajaran yang Allah nak kita dapat... 
kita sedih sebelumnya... 
selepas itu Dia permudahkan urusan kita pula... 





Doakan Mardhatillah Seeker diberi kesabaran dan kekuatan dalam mencari erti hidup ok?